Seni & Sukan 11 Oct, 2022

Seronoknya boh! 11,000 peserta sertai senamrobik perdana! Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


SAMBUTAN Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Besut 2022 dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik perdana membabitkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang diadakan serentak di seluruh daerah itu pada Khamis 6 Oktober 2022 lalu.

Seramai 11,000 peserta terdiri daripada pelajar serta guru telah mengambil bahagian dalam aktiviti senamrobik secara besar-besaran itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti-aktiviti senamrobik

Murid-murid sebuah sekolah rendah di daerah Besut yang menyertai senamrobik perdana


Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut dan Kelab Senamrobik Daerah Besut ini dilaksanakan secara serentak membabitkan 20 lokasi di seluruh Daerah Besut itu.

Kelab Senamrobik Daerah Besut (KSDB) diberi tanggungjawab mengendalikan program berkenaan dengan menampilkan 24 orang instruktur yang bertugas mengikut lokasi program masing-masing


Pelajar dan guru Sekolah Menengah Tengku Mahmod bergambar kenangan selepas aktiviti senamrobik


Jurulatih senamrobik sedang beraksi


Pengerusi KSDB Fanora Mat berkata, penganjuran acara senamrobik secara serentak ini adalah merupakan program julung kali diadakan di daerah ini.

Katanya, kelab tersebut yang mempunyai kepakaran dengan menyediakan perkhidmatan jurulatih berpengalaman bangga kerana diberi peluang oleh pihak menganjur untuk menjayakan program terbesar itu. 

“Kepercayaan yang diberikan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah Besut adalah satu penghormatan tertinggi kepada kelab tersebut,” katanya. 


Fanora Mat


Fanora berkata, sebelum ini jurulatih kelab banyak menerima undangan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) daerah itu bagi membantu mereka menjalakkan aktiviti senamrobik. 

Antara jurulatih yang tanpil membantu mengadakan program sempena Hari Sukan Negara termasuklah Suriati Ismail. Zaffira Firzana Zaffri, Anis Qowwima Hasan, Nor Akmawati Mohd Nor dan Azni Hasnita Ibrahim yang merupakan sifu kepada ahli kelab berkenaan.

“Kami sedia memberi khidmat jurulatih kepada pihak yang memerlukan jurulatih senamrobik,” katanya. - KitaReporters


Azni Hasnita Ibrahim


 Zaffira Firzana Zaffri


 Nor Akmawati Mohd Nor


Suriati Ismail

12
13
0
12
0
You will be interested