Seni & Sukan 28 Sep, 2022

Pesta Berakit raikan 3 hari penting! Hari Malaysia, Hari Sungai Sedunia, Hari Pelancongan Sedunia!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this


SEBANYAK 44 buah pasukan berakit mengambil bahagian dalam acara  Pesta Berakit Kuala Krai 2022 (Pesta Berakit 2022) yang berlangsung dua hari pada 16 dan 17 September 2022 bagi Peringkat Parlimen Kuala Krai 2022 di Dabong, Kuala Krai, Kelantan.

Program tersebut bersempena menyambut tiga peristiwa penting sepanjang bulan September iaitu Hari Malaysia ( 16 September 2022), Hari Sungai Sedunia (minggu keempat bulan September iaitu pada 25 September 2022) dan Hari Pelancongan Sedunia (27 September 2022).

Justeru, bagi memeriahkan lagi program pelbagai pertandingan dan aktiviti-aktiviti seperti seperti Sukan Air - Lumba Bot, Persembahan Kebudayaan, Tangkap Itik, Pertandingan Memancing dan Pelepasan Anak Ikan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rakit-rakit

Peserta-peserta berakit sedang menyiapkan rakit masing-masing dengan rekaan dan kreativiti tersendiri. - Kredit foto: Kesedar Wilayah Kuala Krai.


Acara berakit menyerupai pertandingan rakit berhias menawarkan hadiah yang menarik dengan tempat pertama membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan naib juara RM1,500 manakala tempat ketiga RM1,000.

Pesta Berakit 2022 ini merupakan kali yang ke-4 dianjurkan melalui Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK). 

Penganjuran bersama tahun ini turut melibatkan Ahli-ahli Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Kuala Krai serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan.

Di samping itu, pelbagai agensi seperti Kesedar Wilayah Kuala Krai dan jabatan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh Kelantan mengambil bahagian dalam acara aktiviti berakit bermula dari Dabong ke Kampung Bahagia dan berakhir di Kampung Batu Lada, Batu Mengkebang, Kuala Krai.


Peserta yang mengambil bahagian dalam Pesta Berakit Kuala Krai 2022. - Kredit foto: FB Abdul Latif Abdul Rahman


Juara dalam acara Pertandingan Berakit  telah dimenangi Team JKR dan diikut tangga kedua oleh Team KTMB dan ketiga Team Bahtera Bukit Jepun, Dabong manakala KESEDAR hanya mendapat tempat ke-5.

Perasmian Pembukaan Pesta Berakit 2022  dilakukan oleh Abdul Latif Abdul Rahman (Ahli Parlimen Kuala Krai) dan majlis penutup disempurnakan oleh Hilmi Abdullah (ADUN Guchil).

Turut hadir ke pesta ini adalah Norlidasaidi Awang Teh (Timb. Pengurus Besar Pengurusan) KESEDAR, E Samudin Basri (Pengurus Wilayah Kuala Krai), ketua-ketua jabatan jajahan Kuala Krai, Azman Mohamad (Penolong Pengurus Wilayah Kuala Krai), pegawai-pegawai KESEDAR Wilayah Kuala Krai serta Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang.

Seusai majlis, ucapan terima kasih diberikan semua anggota polis (PDRM) Kuala Krai, Pasukan Bomba dan Penyelamat , Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta urusetia-urusetia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pesta Berakit 2022 ini- KitaReporters


Bermacam-macam bentuk rakit boleh dilihat dalam Pesta Berakit Kuala Krai 2022 - Sumber FB Abdul Latif Abdul Rahman


Team JKR muncul juara dalam  Pesta Berakit Kuala Krai 2022 yang berlangsung pada 16 dan 17 September 2022 di Dabong, Kuala Krai, Kelantan.- Sumber Majlis Daerah Kuala Krai.


Sumber:

FB Kesedar Wilayah Kuala Krai

19
14
0
10
0
You will be interested