Seni & Sukan 30 Mar, 2025

Awesome! Harimau Malaya naiki 15 kenderaan berprestasi Carsome! Untuk pacu pasukan ke mercu juara!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, stringer dan sub-editor tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, DNA Takrawnomi, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. Pegawai Teknikal Sepak Takraw Sukan Pantai Asia Muscat, Oman 2010 dan Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022. E-mel: timmediasepaktakraw@yahoo.com

Share this

MOHD. Joehari Mohd. Ayub (kiri), Eric Cheng dan Teoh Jiun Ee meninjau satu daripada 15 kenderaan tajaan Carsome untuk pasukan bola sepak kebangsaan kelolaan FAM. - Kredit foto: FAM


PROTON X90 dan X70, Mazda CX-5, Nissan Serena, BMW 3 Series, Volvo XC40, Mercedes-Benz GLC dan Toyota Alphard - namakan sahaja yang mana satu pilihan cita rasa.

Daripada jenama nasional hinggalah pengeluar mewah antarabangsa, 15 kenderaannya mengalu-alukan Harimau Malaya dan Harimauwati Malaya menaikinya sepanjang tempoh dua tahun.

Segala kemudahan pengangkutan ini tersedia buat pasukan senior lelaki dan wanita negara malah pasukan bawah umur lelaki dan wanita kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hasil jalinan kerjasamanya dengan Carsome selaku Rakan Automotif Rasmi persatuan pada 25 Mac 2025 lalu.

“FAM dan Carsome mengumumkan jalinan kerjasama dua tahun yang menjadikannya Rakan Automotif Rasmi FAM demi mengukuhkan komitmen bersama dalam memperkasa bola sepak Malaysia,” lapor siaran media persatuan.

Satu lagi tahun lembaran yang gemilang buat bola sepak negara menerusi kerjasama dengan satu peneraju automotif tempatan Malaysai dan pelantar e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara, tambah siaran itu.


MOHD. Joehari Mohd. Ayub (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata penghargaan berupa jersi Harimau Malaya kepada Teoh Jiun Ee sambil disaksikan Noor Azman Rahman (kiri) dan Eric Cheng. - Kredit foto: FAM


Presiden FAM, Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub berkata, “FAM berbesar hati untuk mengumumkan kerjasama baharunya dengan Carsome - satu usaha yang mencerminkan komitmen kami untuk membawa bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi.

“FAM dan Carsome berkongsi semangat dalam mengejar kecemerlangan, inovasi dan pembabitan komuniti yang meraikan nilai-nilai penting  dalam bola sepak dan dalam pelbagai aspek kehidupan,” katanya dalam siaran itu.

Kerjasama ini ujarnya membolehkan FAM terus meningkatkan pengalaman bola sepak bagi pemain, peminat dan pihak berkepentingan dengan memupuk inisiatif yang menggalakkan pembangunan, aksesibiliti dan sokongan terhadap ekosistem bola sepak tempatan, katanya.

Satu pencapaian yang penting malah menyokong inisiatif FAM dalam meluaskan pengaruh sukan ini pada peringkat serantau dengan memastikan pasukan kebangsaan memiliki sumber yang mencukupi untuk bersaing pada tahap tertinggi, menurut siaran itu.


MOHD. Joehari Mohd. Ayub (dua dari kiri) menerima replika penajaan 15 kenderaan Carsome daripada Eric Cheng sambil disaksikan Noor Azman Rahman (kiri) dan Teoh Jiun Ee. - Kredit foto: FAM


Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng berkata selepas Majlis Menandatangani Perjanjian FAM-Carsome di Johor Bahru, Johor, “bola sepak menyatukan rakyat Malaysia dan memperkukuh identiti nasional kita.

“Ketika membesar di Kelana Jaya, Selangor bersebelahan Wisma FAM, saya berpeluang menyaksikan sendiri dedikasi serta kerja keras atlet bola sepak kebangsaan kita.

“Sukan ini sentiasa dekat pada hati saya. Pengasas bersama saya dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Academy, Teoh Jiun Ee turut mempunyai minat mendalam terhadap bola sepak dan memahami komitmen yang diperlukan untuk bersaing pada peringkat tertinggi,” tambahnya.

Perjanjian ini ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman dan Pengasas Bersama serta Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng sambil disaksikan Joehari dan Jiun Ee.

Kerjasama dalam memastikan perjalanan pasukan kelolaan FAM lebih lancar dan selesa apabila menghadapi perlawanan ini juga merupakan sebahagian usaha Carsome untuk memupuk bakat tempatan dan menyumbang kepada pembangunan sukan Malaysia secara keseluruhan.


MOHD. Joehari Mohd. Ayub (kiri), Eric Cheng dan Teoh Jiun Ee meninjau sebuah kenderaan mewah tajaan Carsome untuk kegunaan pengangkutan pasukan bola sepak kebangsaan bagi menghadapi perlawanan. - Kredit foto: FAM 


“Inilah juga usaha Carsome dalam memacu juara bola sepak negara dengan memastikan pasukan Malaysia mendapat sokongan  dan kemudahan yang diperlukan untuk mencapai tahap yang lebih gemilang. 

"Semoga ini memberi inspirasi lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus berdiri di belakang pasukan kebangsaan dan meraikan perjalanan bola sepaknya.”

Kerjasama ini turut mengukuhkan usaha FAM untuk mendekatkan bola sepak Malaysia kepada para peminat dengan para pelanggan Carsome berpeluang eksklusif untuk berinteraksi dengan pemain-pemain kebangsaan termasuk pengalaman di balik tabir dan sesi bertemu peminat.

“Selainnya, bahagian pendidikan Carsome Group menawarkan diskaun eksklusif dan insentif rujukan kepada pasukan kebangsaan dan FAM untuk program TVET (automotif, kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal).

“Inisiatif ini akan melengkapkan pemain dan kakitangan FAM dengan pengetahuan industri dan kemahiran praktikal yang berguna sekali gus memberi mereka peluang membina kerjaya di luar bidang sukan,” lapor siaran itu lagi. - KitaReporters


TIMBALAN Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram tersenyum girang ketika menguji sebuah kenderaan tajaan Carsome untuk pasukan kebangsaan sambil diberikan isyarat bagus oleh Naib Presiden FAM, Datuk Dollah Salleh (berdiri, tengah) yang diapit Ahli Exco FAM, Datuk Hisamudin Yahaya (kiri) dan Datuk Zainal Abidin Hassan. - Kredit foto: FAM 

10
17
0
10
0
You will be interested