Seni & Sukan 02 Sep, 2022

Video| Dayang Nurfaizah dapat 6! Yonnyboii, Ernie Zakri, 4! Pencalonan AIM23! 2 kategori digugurkan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


PERSATUAN Industri Rakaman Malaysia (RIM)  menerima 650 pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 (AIM23) tahun 2022 ini namun hanya 105 calon berjaya disenarai pendek bagi 21 kategori dipertandingkan.

Penyanyi Dayang Nurfaizah mengunggul senarai terbanyak pencalonan melalui album ‘Belagu’ dengan meraih enam pencalonan dalam empat kategori pada AIM23 yang bakal berlangsung pada 11 September 2022 ini, disiarkan secara langsung oleh Astro melalui saluran Astro Ria (104).

Dayang tercalon dalam kategori Rakaman Lagu Terbaik bagi lagu 'Tudung Periuk' dan 'Malam Ku Bermimpi', Rakaman Album Terbaik dan Kulit Single/Album Terbaik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Anugerah Industri Muzik (AIM)


Selain itu ‘Belagu’ turut meraih pencalonan dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu bagi 'Tudung Periuk' dan 'Malam Ku Bermimpi'.


Kali terakhir Dayang memenangi tiga anugerah sekali gus adalah pada AIM ke-20 pada tahun 2013 dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) untuk lagu 'Seandainya Masih Ada Cinta'; Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu (Sedetik Lebih bersama Anuar Zain) dan pada kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bila Resah-penggubah Jenny Chin) yang dinyanyikan bersama Anuar Zain pada Konsert Live di Dewan Filharmonik Petronas).


RIM menerima jumlah yang memberangsangkan sebanyak 650 pencalonan untuk AIM23. 

Sebahagiannya boleh dikaitkan dengan tempoh kelayakan 18 bulan yang lebih lama untuk keluaran lagu dan album baru dari 1 Jan '21 – 30 Jun '22 , tetapi ia juga merupakan petunjuk bahawa industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik dan dalam perjalanan ke pemulihan selepas pandemik,” ujar Pengerusi RIM, Rosmin Hashim pada majlis pengumuman lima finalis akhir setiap kategori AIM23 di pawagam Dadi, Pavilion pada Khamis, 1 September 2022 lalu.

Turut hadir, Norzeha Mohd Salleh, Ketua Astro Ria, Prima dan Warna; Ketua Juri AIM23, Datuk Mokhzani Ismail; serta sebahagian daripada calon-calon artis muda antaranya Kumpulan Dolla.



Menurutnya, penambahan beberapa kategori anugerah baru turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan untuk tahun ini walau pun dua kategori terpaksa digugurkan iaitu Lagu Dangdut yang hanya menerima dua penyertaan dan Lagu India Tempatan Terbaik yang tidak menepati kriteria pertandingan.

“Untuk bertanding, perlu ada minimum lima pesaing namun kami hanya menerima dua penyertaan bagi Lagu Dangdut manakala Lagu India Tempatan yang menghantar pencalonan didapati membuat rakaman di luar negara,” ujar Rosmin.

Beliau seterusnya menambah bahawa “proses penjurian untuk dua kategori anugerah pertama - 'Rakaman Lagu Terbaik' dan 'Rakaman Album Terbaik' berlangsung di MVM Studio pada 12 Ogos '22, diikuti dengan kebanyakan kategori anugerah lain pada 15 dan 16 Ogos '22 di Pullman KLCC

Penjurian bagi kategori anugerah 'Lagu Terbaik' yang memilih lagu terbaik daripada 8 kategori anugerah genre lagu berbeza adalah kategori terakhir yang dijuri pada 24 Ogos '22 di Timeless Studio

Jelasnya, seramai 113 penilai terbabit dalam proses penjurian dengan setiap kategori disemak antara tujuh hingga 10 pakar dalam pelbagai bidang.


Dari kiri: Norzeha, Rosmin dan Mokhzani.


Diketuai Maestro Muzik, Datuk Mokhzani Ismail, juri lain merangkumi antaranya komposer Fauzi Marzuki, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Syafinaz Selamat, Mas Idayu, Noryn Aziz, Omar K, DJ Fuzz, Shah Slam dan Adi Priyo.

"Proses penjurian dilakukan terperinci dan tiada unsur pilih kasih. Jika juri ada kepentingan dalam mana-mana kategori, mereka tidak dibenarkan duduk di kerusi berkenaan," tambah Rosmin sambil memberitahu penjurian juga ditadbirkan oleh pihak ketiga yang bebas iaitu Macomm Management Services Sdn. Bhd

Sementara itu, Norzeha Mohd Salleh memberi jaminan menyediakan gabungan persembahan artis yang eklektik dan serba boleh daripada diva pentas yang mendapat pujian secara kritis, kepada muka baru dan segar. 

‘Sebagai rakan media RIM dalam pementasan dan penyiaran malam anugerah, Astro menjanjikan persembahan yang tidak dapat dilupakan. Dan sudah tentu, para pemenang melakar detik kegemilangan mereka,’ tambah Norzeha.




Menyusuli Dayang Nurfaizah, penyanyi muda, Yonnyboii dan Ernie Zakri masing-masing beroleh empat pencalonan.


Siapa lagi artis-artis ‘top 5’ yang lain? 



Ikuti senarai lain di bawah ini dan saksikan siapa pemenang setiap kategori pada 11 September kelak di Astro Ria secara langsung bermula pukul 9 malam. Mungkinkah tahun ini berpihak kepada Dayang Nurfaizah?


Untuk rekod, kali terakhir AIM22 berlangsung adalah pada tahun 2016 dengan kemenangan Album Terbaik diraih Dato Seri Siti Nurhaliza manakala Lagu Terbaik dimenangi  Faizal Tahir melalui  'Sejati' dan Syamel pula dinobatkan pemenang bagi kategori Artis Baharu. - KitaReporters



10
11
0
8
0
You will be interested