Seni & Sukan 24 Aug, 2022

Video | Macam ajar bayi makan pulak! Gelagat lelaki mat salih ajar rakan cara makan dengan tangan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


VIDEO tular memaparkan gelagat sekumpulan mat salih makan bersama beberapa rakan Melayu di sebuah restoran ketika makan telah menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @wanaja5, menyaksikan semua mat salih itu makan dengan menggunakan tangan bukannya sudu garfu yang menjadi kebiasaan buat mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mat-mat salih


Apa yang mencuri tumpuan adalah gelagat salah seorang daripada mengajar rakannya cara makan menggunakan tangan dengan betul telah mencuit hati orang ramai.

“Bila kamu dah pandai makan menggunakan tangan, kamu ajar pula rakan lain makan pakai tangan,” ujarnya dalam laman aplikasi TikTok.



Rata-rata pengguna media sosial amat terhibur dengan gelagat kumpulan Mat Salleh itu serta memberikan pelbagai reaksi dalam video tular itu.

“Comelnya macam bayi yang baru lahir nak cuba makan pakai tangan,” kata @hawminsimp.

“Nak makan ke cium nasi itu,” tulis @Raden-Rosmaniera.

“Macam bayi baru nak belajar makan, comel” kongsi @IshaAmzah. - KitaReporters


9
16
0
12
0
You will be interested