Seni & Sukan 21 Dec, 2025

Video| Mengidam makan durian? Boleh dapat Musang King percuma! Jumlah terhad! Sehingga 1 Feb 2026!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Durian adalah buah-buahan yang diminati ramai. Ada yang sanggup pergi jauh hingga ke dusun durian tertentu untuk menikmati keenakan rasanya.

Walaupun durian dikategori sebagai buah mahal atau buah kayangan, namun ia tidak menghalang pencinta raja buah itu untuk menikmatinya. 




Dan kini ramai yang lebih suka memilih jenis durian yang ada nama walaupun harganya mahal. 

Ada yang sanggup membeli durian lebih RM100 sebiji demi merasai keenakannya yang berbeza dengan durian biasa atau dipanggil durian kampung.

Antara jenis durian kelas atasan ialah Musang King. Walaupun mahal ia sentiasa menjadi rebutan kerana keenakan rasanya dan isi yang padat.

Seorang peniaga buah yang tidak disebut nama tetapi pemilik Pak Teh Fruits di Kampung Pelet, Kubang Semang dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang menawarkan durian Musang King secara percuma untuk wanita-wanita hamil. 

Dia menghebahkan tawaran itu melalui laman TikToknya @ Paktehfruits.



Apa yang penting wanita hamil perlu membuktikan kehamilan mereka secara fizikal atau surat pengesahan daripada doktor jika masih pada awal kehamilan kepada petugas di gerai buah Pak Teh Fruits.

Setiap hari sebanyak 30 biji buah durian Musang King disedia untuk wanita hamil.

Tawaran telah bemula sejak 4 Disember 2025 lalu hingga 1 Februari 2026. Ia bermula jam 3 petang sehingga durian disediakan habis. Tetapi hanya sebiji untuk seorang wanita hamil. 



Bagi wanita hamil yang tidak berpeluang mendapat durian Musang King secara percuma kerana kehabisan atau ingin mendapat durian Musang King lebih untuk dimakan, Pak Teh Fruits tetap memberi peluang membeli durian Musang King dengan harga Istimewa. 

Iaitu cuma berharga dari RM10 ke RM30 mengikut timbangan kilo. Durian yang disediakan merupakan yang terbaik iaitu padat dengan isi dan masak sempurna.

Pak Teh Fruits yang terletak di Kampung Pelet, Kubang Semang, Bukit Mertajam menawarkan pelbagai pilihan buah-buahan segar dari 29 negara. Ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. - KitaReporters

6
8
0
13
0
You will be interested