Seni & Sukan 03 Aug, 2025

Video| Jauhi dadah! Ameng Spring hasrat rakam lagu antidadah! Terima watikah Duta AADK daripada PM!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Ameng Spring, 56, vokalis Kumpulan Spring adalah antara insan seni yang terpaksa menjalani hukuman penjara dan sebatan kerana penyalahgunaan dadah. Melihat perubahan positif Ameng membuat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menjadikan vokalis kumpulan Spring ini sebagai dutanya. Dia bercadang untuk merakam lagu baharu bertemakan antidadah. - KitaReporters


 


Ada yang menganggap dadah sinonim dengan bidang seni apabila terdapat sejumlah insan seni yang terpalit dengan najis dadah.

Ameng Spring, 56, vokalis Kumpulan Spring adalah antara insan seni yang terpaksa menjalani hukuman penjara dan sebatan kerana penyalahgunaan dadah.



Pemilik nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011.

Bagaimanapun, hukuman itu dipendekkan kepada lima tahun empat bulan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya. Ameng dibebas dari Penjara Kluang pada Jun 14, 2016.


Ameng selepas dibebas dari Penjara Kluang pada Jun 14, 2016. - Kredit foto: Berita Harian

Insaf dengan hukuman yang dikena, selepas dibebas dari Penjara Kluang, Ameng tidak menoleh ke belakang lagi dan berazam menjauhkan diri daripada dadah. 

Dia kembali meneruskan kegiatan seni dan ternyata masih dapat diterima masyarakat. Beberapa bulan selepas dibebas Ameng menyertai pertandingan realiti nyanyian Gegar Vaganza musim 3 terbitan Astro Ria dan berjaya mendapat tempat keempat.

Melihat perubahan positif Ameng membuat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menjadikan vokalis kumpulan Spring ini sebagai dutanya bagi mengadakan kempen terhadap anak muda agar menghindari dadah.

Dalam kempen itu, Ameng buat forum yang turut menyentuh mengenai penjara, sebat dan turut menyanyi lagu-lagu bermesej dan bercorak keinsafan.



/

Ameng menerima watikah daripada Anwar Ibrahim.

Kredit foto: IG amengspringofficial


Pada Jumaat, 25 Julai 2025, Ameng menerima watikah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Hari Peringatan Anti Dadah 2025 di Jitra, Kedah. 

Ameng terharu dengan pemilihan itu dan akan mengguna pengaruhnya untuk mengelak anak-anak muda terjebak dalam najis dadah bagi menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat, agama dan negara. 

Ameng turut menasihatkan setiap orang termasuk golongan seni jangan sesekali mencuba dadah sehingga ketagihan.

Ameng juga bercadang untuk merakam lagu baharu bertemakan antidadah bagi melihat keinsafannya dan mengelakkan orang ramai terlibat dalam dadah. 

Dia mencari komposer dan penulis lirik yang mampu menghasilkan lagi bertema antidadah dengan baik dan berkesan. Ameng kini bergiat sebagai penyanyi solo dan masih mendapat sejumlah undangan. 

Ameng bersama Spring popular dengan beberapa lagu. Antaranya ‘Sampai Hati’, ‘Bourgenvilla’, ‘Kita Ditakdir Jatuh Cinta’ dan ‘Butakah Cinta’. - KitaReporters


 

18
11
0
11
0
You will be interested