Seni & Sukan 09 Mar, 2023

Bicara Seni| Komitmen Fasha Sandha perlu dicontohi! Sertai kelas lakonan! Baca skrip ketika sakit!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Komitmen Fasha Sandha terhadap bidang lakonan patut dipuji dan patut menjadi  ikutan para pelakon lain.

Mencari nafkah melalui bidang seni, Fasha Sandha atau nama Nur Fasha Sandha Hassan, 38,  sanggup untuk mengikuti kelas lakonan dengan muka-muka baharu, bagi memantapkan lakonannya. Dia ingin melakonkan pelbagai watak mencabar sesuai dengan peningkatan usianya.

Buktinya Fasha berjaya membawa wanita mengalami tekanan jiwa atau postpartum psikosis dalam drama bersiri ‘Serpihan Sayang’ sebanyak 15 episod di slot Samarinda, TV3.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Fasha Sandha



Dan ketika berlakon telefilem ‘Anak Tuan’, Fasha tidak marah kepada pihak penerbitan dan kr apabila mengalami kecederaan pada bahagian mata kirinya ketika syuting (penggambaran).

Dia hanya menyatakan ia risiko yang harus dihadapi insan bergelar pelakon.  

Malah dia mahu meneruskan penggambaran walaupun cedera tetapi doktor melarang dan pihak penerbitan memutuskan untuk menangguhkan penggambaran. 



Ketika dirawat di hospital, Fasha menggunakan masa berehat selama 8 hari 7 malam, untuk membelek semula skrip ‘Anak Tuan’ dengan sebelah mata bagi memberikan lakonan lebih mantap, namun tetap berhati-hati agar insiden terdahulu tidak berulang.

Fasha juga enggan menerima bayaran perubatan daripada syarikat penerbitan.Sebaliknya dia menggunakan kad perubatan dan insurans yang pertama kali diguna sejak memilikinya pada tahun 2004.


Bilik Fasha dipenuhi jambangan bunga dah jadi bagai kebun bunga. - Kredit foto: IG fashasandha

Fasha tidak menganggap berehat di hospital selama 8  hari, 7 malam iaitu mulai 1 Mac 2023 di dua hospital pakar di Johor Bahru dan Ampang, Kuala Lumpur sebagai waktu untuk berehat, iaitu masa untuk lebih dekat dengan saudara mara dan keluarga yang ada yang sudah lama tidak ketemu. 
Fasha juga tidak tertekan, sebaliknya menganggap apa yang berlaku sebagai tanda Allah ingin melihatnya berehat daripada bekerja di lokasi penggambaran.

Fasha menceritakan dalam Instagramnya pengalaman sepanjang dirawat dan bilik rawatannya dipenuhi pelbagai jambangan bunga sebagai ucapan simpati dan tahniah akan kecekalannya. - KitaReporters


Fasha bersama suami, Aidel Aziz. - Kredit foto: IG fashasandha

15
10
0
17
1
You will be interested