Seni & Sukan 23 Jan, 2024

Video| Untung jadi cantik! Pakai baju koyak pun orang puji! Penting selesa! Sempoi sungguh Tiz Zaqyah!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Kalau sudah cantik, pakai apa pun tetap kelihatan cantik. Ibaratnya pakai macam bibik pun nampak cantik. 

Biasanya golongan artis berpakaian cantik kerana tuntutan kerja dan imej. Namun, artis juga manusia biasa. Adakalanya mereka akan berpakaian seperti rakyat marhaen terutamanya apabila berada di rumah. Sama juga hal solekan.

Ada juga artis yang betul-betul menjaga penampilan. Walaupun berada di rumah apatah lagi membuat siaran langsung dalam media sosial, pakaian dan solekan tetap mampan. 

Pilihan adalah hak masing-masing. Ada yang suka kelihatan glamor walau di mana sahaja berada. Ada yang suka bersederhana.


Adakala, artis perlu berpakaian cantik demi tuntutan kerja.


Bagi pelakon Tiz Zaqyah atau nama penuhnya Siti Zaqyah Abdul Razak, dia dilihat lebih suka bersederhana bergantung pada situasi apatah lagi ketika berada di rumah. 

Pada 20 Januari 2024 lalu, dia berkongsi video review berkenaan satu produk kecantikan dan kesihatan. Menariknya, dalam video tersebut kelihatan dia memakai baju kelawar (baju tidur) jingga yang sudah lusuh dan koyak pada bahagian leher.



“Makan ni,” tulisnya ringkas. 

Gelagat dan sikap sempoi (selamba) yang ditunjukkan oleh Tiz itu menarik perhatian para netizen. Ramai memuji dan tertarik dengan sikap sempoi tersebut walaupun Tiz seorang artis popular. 

Yelah, ramai yang menganggap artis selalunya menjaga penampilan apatah lagi berdepan di khalayak ramai. 

“Baju sis pakai tu tersangat rare. Tu yang akan suka bila pakaikan,” tulis salah seorang netizen.


 



Netizen oh netizen! Lain yang Tiz review, lain yang anda semua nampak. Tapikan, itulah hakikatnya. 

Pakaian tidak semestinya kena harga kayangan atau baharu, yang penting ia selesa dipakai. Selagi boleh dipakai, yang itulah akan diulang-ulang sampai ia koyak. Itu menunjukkan pakaian tersebut sangat selesa dipakai. - KitaReporters


12
12
0
10
0
You will be interested