Gaya Hidup 12 Aug, 2022

Video| Bergenang air mata! Saksi Bunga Silat Pakcik Ariffin! Majlis Tebaran Roti Canai Mat Kilau!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Walaupun uzur Pakcik Ariffin tetap bersemangat menunjukkan aksi 'Bunga Silat' yang menyentuh hati tetamu.


TERKESIMA, pilu dan bergenang air mata tetamu pada Majlis Tebaran Roti Canai ‘Pahlawan Mat Kilau’ apabila melihat susuh tubuh Pakcik Ariffin Omar, 76, yang lemah mempersembahkan ‘Bunga Silat’ di atas pentas di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor, pada 6 Ogos 2022 lalu.

Beliau yang berjalan menggunakan bantuan kerusi roda seolah-olah ‘naik angin’ apabila terlebih dahulu melihat persembahan ahli Persatuan Silat Gayung Fatani dan Persatuan Silat Bugis Cimande Dam Dam Cawangan Putrajaya yang hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pusat jagaan


Selepas memaklumkan kepada pengacara majlis iaitu Setiausaha PJMM, Muhammad Syafiq Mohiadin hasratnya untuk mempersembahkan ‘Bunga Silat’, Pakcik Ariffin bergerak perlahan-lahan ke pentas dengan diiringi sukarelawan PJMM, Hussein.

Muhammad Syafiq sempat berseloroh mengingatkan Pakcik Ariffin supaya mengetatkan simpulan kain pelikat yang dipakai kerana bimbang akan terlucut ketika membuat persembahan walaupun hanya beberapa minit sahaja.


Warga emas Pakcik Ariffin Omar mempersembahkan 'Bunga Silat' selepas 'naik angin' melihat aksi ahli persatuan silat pada Majlis Tebaran Roti Canai ‘Pahlawan Mat Kilau’  di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor, pada 6 Ogos 2022 lalu.


Sebaik sahaja muzik gendang silat gayung dimainkan, Pakcik Ariffin terus memulakan aksi sembah ‘Bunga Silat’nya yang menjadikan suasana hening seketika dengan tetamu memberi tumpuan kepada beliau dan mungkin lebih terkesan kepada Pakcik Ariffin jika persembahannya itu dapat disaksikan oleh anak, cucu atau warisnya yang entah berada di mana.

Tetamu dan ahli persatuan silat yang hadir memberi tepukan gemuruh kepada Pakcik Ariffin yang terketar-ketar berdiri mengakhiri persembahan dengan penuh semangat ‘Mat Kilau’.


Ahli Persatuan Silat Gayung Fatani Cawangan Putrajaya menunjukkan aksi persilatan yang menjadi tumpuan tetamu yang hadir.


Pengerusi PJMM, Azman Rasman, berkata majlis itu diadakan khusus bagi menaikkan semangat serta memberi motivasi kepada warga emas yang menghuni pusat itu sekian lama agar berasa terubat segala duka apabila disantuni tetamu yang hadir.

Menurutnya, di samping mengumpul dana bagi membiayai kos operasi, tetamu hadir juga berpeluang menyertai aktiviti bermanfaat seperti pemeriksaan kesihatan termasuk khusus untuk wanita, gigi, derma darah yang dikelolakan oleh Persatuan Amal Bakti N9.


Azman (dua dari kiri) dan Nasir (tengah) bersama penyumbang yang menerima sijil penghargaan kerana membantu menjayakan majlis berkenaan.


Manakala warga emas pula kata beliau, diberi peluang menunjukkan daya kreatif mereka dengan menyertai acara yang diaturkan oleh Attitude Planet Art sambil diserikan dengan persembahan deklamasi puisi oleh beberapa tetamu dan sukarelawan yang hadir.

“Saya berasa amat terharu apabila ramai tetamu hadir bagi memeriahkan majlis itu termasuk isteri bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa, Puan Sri Rohani Abdullah yang turut menghulurkan sumbangan kepada PJMM dan bekas Pegawai Daerah Sabak Bernam, Selangor, Nasir Mamat ,” katanya.


Pegawai Sosial Perubatan, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Azhar Ahmad (duduk kanan) bermesra dengan warga emas PJMM sebelum mendeklamasikan puisi.


Majlis berkenaan terlebih dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil arwah khusus untuk penyumbang atau penginfak, Pengerusi PJMM, Roslan Saidin yang meninggal dunia pada 24 Julai 2022 dan penghuni-penghuni warga emas di PJMM dan Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH) di Beranang, Selangor.

Sementara itu Majlis Jamuan Aidiladha ‘Roti Canai Mat Kilau’ yang dianjurkan PJNH turut mendapat sambutan daripada orang ramai dengan pelbagai aktiviti seperti acara memanah, persembahan silat, deklamasi puisi, pakaian tradisional Melayu dan sebagainya.


Muhammad Hanafi (kanan) bersama ahli Persatuan Silat Gayung Maarifat Malaysia Cawangan Putrajaya menunjukkan ‘Roti Canai Mat Kilau’ di PJNH.


Bersesuaian dengan tema itu, persembahan Persatuan Silat Gayung Maarifat Malaysia Cawangan Putrjaya mencuit perhatian tetamu dengan aksi lincah serta acara memanah disertai tetamu, sukarelawan serta penghuni menambah seri majlis berkenaan yang diadakan pada 24 Julai 2022 lalu.

Turut hadir bagi menjayakan majlis itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Zon 20, Muhammad Hanafi Jalalludin yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang dipertandingkan. - KitaReporter


Hasanuddin menyampaikan hadiah kepada sukarelawan yang terpilih memenangi tempat pertama pakaian tradisional Melayu pada majlis di PJNH.


Warga emas di PJMM menunjukkan daya kreatif kraf tangan dalam aktiviti yang dikendalikan oleh Attitude Planet Art.


Seorang sukarelawan membuat pemeriksaan gigi pada majlis di PJMM.

34
15
0
11
1
You will be interested

Liga Super 2022: Harimau Kumbang catat kemenangan kedua dalam saingan liga! Tundukkan Budak KL!

Penang FC yang berada di tangga terbawah liga lakukan kejutan selepas catat kemenangan 1-0 ke atas lawan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan Liga Super 2022

Video| Saingan sebenar GV9 bermula! Peserta pamer kebolehan! Tomok menyerlah, Roy Kapilla terkeluar!

Persaingan sebenar GV9 bermula. Pada minggu ke-2, 13 peserta memperlihat kemampuan masing-masing. Tomok dapat markah tertinggi, Roy Kapilla ucap selamat tinggal
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 4 hours ago

Piala Raja Thailand 2022: Tak ada nasib! Kegagalan sepakan penalti nafikan kejuaraan buat Malaysia!

Harimau Malaya gagal muncul juara Piala Raja Thailand ke-48 selepas skuad kebangsaan tewas dalam penentuan penalti 0-3 di tangan Tajikistan, selepas terikat 0-0
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 15 hours ago

SUKMA 2022: Terengganu bangga pungut pingat lebihi sasaran! Walaupun berada di kedudukan naib juara!

BIARPUN  tidak menjadi juara keseluruhan namun temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ed
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Alhamdullilah! Almy Nadia stabil! Pembedahan buang cyst! Fizz Fairuz syukur isteri selamat!

Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia selamat jalani pembedahan membuang sista (cyst) atau ketulan pada rahim dan kini berada dalam keadaan stabil dan dah mampu bangun
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 16 hours ago