Seni & Sukan 06 Jan, 2024

Video| Konsert amal bantu rakyat Palestin, Malaysia! Ada Rahmad Mega, Jay Jay, Nadeera, Ernie Zakri!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


Sesungguhya, peperangan di Gaza yang berlaku sejak 7 Oktober 2023 lalu banyak memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat Palestin bahkan membuka mata dunia. Namun ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’.

Apa yang berlaku di Semenanjung Gaza itu, implikasinya mencetuskan  krisis kemanusiaan yang cukup berat ditanggung oleh rakyatnya, waima mengorbankan puluh ribuan nyawa yang tidak berdosa apatah lagi apabila wanita serta kanak-kanak turut menjadi mangsa pembunuhan.

Satu dunia sekadar mampu ‘meratap’ atas kekejaman yang dicetuskan oleh aparteid Israel namun yang pasti dan boleh dilakukan hanyalah dengan menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan rakyat Palestin yang terjejas itu.



Terbaharu, syarikat pengurusan acara, CS Excellent yng turut simpat dengan nasib yang menimpa saudara Islam di Palestin, dqan tidak mahu ketinggalan dalam memberikan bantuan dengan menganjurkan konsert amal diberi nama ‘Voice of the Heart Concert’.

Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, jam 8.30 malam, pada 7 Mac 2024 depan, konsert berkenaan menampilkan  barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Rahmad Mega, Jay Jay, Nadeera dan Ernie Zakri.

“Selain bantuan untuk saudara kita di Palestin, kita juga akan menyalurkan bantuan kepada Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia dan Pertubuhan Limpahan Kasih (Anak-Anak Yatim dan Asnaf) di dalam negara sendiri,” ujar Pengarah Urusan CS Excellent, Marinatasha Mustapar pada majlis  sidang media ‘Voice of the Heart Concert’ yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini. 

Turut hadir kesemua artis terbabit seperti Ernie Zakri, Jay Jay, Rahmat Mega dan Nadeera Zaini.


Marinatasha Mustapar (tengah) bersama Nadeera Zaini, Ernie Zakri, Jay Jay dan Rahmat Mega.


‘Kita tahu, golongan tertentu di Malaysia  juga antara yang turut melalui fasa kesukaran sama. Jadi, kita tidak mahu melupakan mereka dan dengan adanya persembahan amal ini sedikit sebanyak dapat membantu dan berkongsi rezeki bersama. Pendek kata, sumbangan yang bakal disalurkan adalah menyeluruh,’ jelas Marinatasha.

Voice Of The Heart Concert’ merupakan  persembahan kedua terbesar yang dianjurkan CS Excellent waima sebelum ini mereka turut mengusahakan acara seumpama iaitu Rhythm Of Legends Live In Concert di Plenary Hall KLCC  kira-kira dua tahun lalu, membabitkan barisan penyanyi tersohor negara antaranya Dato’ Hattan, Zamani, Mawi, One Nation Emees dan ramai lagi ketika itu.

“Sepanjang hampir enam tahun bergiat aktif dalam bidang ini, ada banyak juga program lain yang sudah kami buat,” kenang Marinatasha sambil memanjatkan rasa terima kasihnya kepada barisan artis yang sudi bekerjasama dalam persembahan amal kali ini.

Menurutnya, sebelum ini beberapa lagi artis lain dijemput namun hanya yang tersenarai menyatakan kelapangan masing-masing untuk terbabit sama, sekali gus membantu dan beramal.



“Dari segi persembahan, pihak penganjur telah menetapkan konsep persembahan perjuangan dan kedamaian selaras dengan tujuan persembahan ini. Jadi, selain lagu popular, mereka juga turut menyampaikan beberapa buah lagu ditujukan khas buat Palestin dalam persembahan Istimewa nanti,” tambahnya.

Sambung  Marinatasha yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Keseniaan Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia, pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang.

“Dengan bantuan ini, kita sedaya upaya membantu golongan Keluarga Syuhada dan Keluarga Miskin di sana. Ayuh berdoa dan menyumbang sebagai tanda solidariti kita kepada rakyat Palestin,” pinta Marinatasha yang sebelumi ni juga bersama PSBM sangat aktif dalam menyelenggarakan beberapa program amal bersama Pengarah Urusan CS Excellent, Qhal Mustaffa.Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai untuk membeli tiket sekaligus boleh berhibur sambil menyumbang. 



Bercerita  lanjut, Marinatasha memberitahu, perancangan untuk mengadakan persembahan amal berkonsepkan konsert lebih bertujuan untuk berkongsi rezeki.

“Tak banyak sikit, apa yang penting hasilnya nanti dapat memberi manfaat kepada pihak yang memerlukan,” harapannya.

Jadi bagi mereka yang berhajat untuk menyaksikan konsert sambil beramal bolehlah mendapatkan tiket ‘Voice of The Heart Concert' pada harga mengikut zon seperti berikut: 

  • VIP Box: RM5,000.00
  • Black Team (Duduk): RM399.00
  • Red Team (Duduk): RM299.00
  • Green Team (Duduk): RM199.00

“Kami turut mengalu-alukan dan membuka kepada mana-mana badan korporat dan orang perseorangan jika mahu menaja dan menyumbang,” akhiri Marinatasha seterusnya melahirkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik.  - KitaReporters

12
6
0
14
0
You will be interested