Seni & Sukan 17 Dec, 2024

Video| Azhan Rani berhati mulia! Mahu genap derma darah 100 kali! Mahu terus derma sehingga usia 70!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Pelakon berwatak Azhan Abdul Rani, 48, dianggap insan berhati mulia apabila bakal menjadi penderma darah kali ke-100 menjelang akhir bulan Disember 2024.

Popular dengan memegang watak Ustaz Hamadi dalam drama bersiri 'Nur', Azhan yang lahir pada 24 Januari 1976 ini mula menjadi penderma darah plasma atau Aphelesis tegar sejak 2010. Ia tercetus ketika menjaga ayahnya Abdul Rani Sabri sakit.


Sejak itu Azhar akan mendermakan satu pek darah setiap dua minggu (iaitu jarak minimum) jika dia tidak punya kesibukan kerja sebagai pelakon. 

Dia sering memaparkan kegiatannya menderma darah dalam laman sosial Instagram dan Facebooknya.

Postingan terbaharu Instagram dan Facebooknya, Azhan menyatakan hantaran yang dibuat bukan untuk bermegah dengan jumlah beg sudah diderma tetapi ia sebagai kesedaran kepada orang ramai supaya melakukan hal sama.



"Hantaran ini harap dapat menjentik lebih ramai untuk turut sama prihatin menderma darah. Tak kisah jika penderma darah utuh (wholeblood) atau penderma aferesis macam aku.

"Insya-Allah, sama-sama kita bantu yang memerlukan sambil tingkatkan kesihatan diri sendiri. Tiada paksaan hanya galakan, yang sihat dan layak jom menderma darah," katanya.  

Azhan yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)  ini berharap akan dapat menderma darah sebanyak mungkin sehingga berusia 70 rahun iaitu had maksimum untuk menderma. 



Dalam pertemuan dengan staf Pusat Darah Negara selepas selesai menderma pada Jumaat, 13 Disember 2024, Azhan diberitahu ada individu yang sudah menderma 800 kali dan masih aktif.

Bagi Azhan walaupun jumlah itu sukar untuk disaingi, namun dia akan cuba menjadi penderma tetap sehingga berusia 70 tahun tanpa mengira jumlahnya dan dirinya masih sihat. 

Azhan yang masih bujang ini juga berharap kesedaran masyarakat untuk menderma darah semakin tinggi kerana mungkin akan ada saudara dan kenalan yang memerlukan darah.

Dia juga berharap ramai rakan seni turut menderma darah sebagai salah satu cara memperlihat sumbangan artis kepada masyarkat.

Azhan yang masih bujang ini sentiasa menjaga kesihatannya dengan sukan membuat kegiatan lasak seperti mendaki dan hiking. 


Azhan dan Nurkhiriah dalam drama popular 'Nur'

Sementara itu, menurut kenyataan Pusat Darah Negara, secara purata, ia  memerlukan sebanyak 15,000-17,000 beg darah dalam tempoh sebulan bagi menampung keperluan bekalan darah bagi merawat pesakit yang memerlukan.

Orang ramai berusia 18 hingga 70 tahun dan sihat yang ingin menderma boleh datang terus ke beberapa Pusat Darah statik di sejumlah hospital atau kenderaan bergerak (mobile) atau mengikuti laman sesawang Pusat Darah Negara. - KitaReporters

12
15
0
13
0
You will be interested