BARISAN kejurulatihan Harimau Malaya ketika mengekang Kyrgyzstan 1-1 dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada 6 Jun 2024 (dari kiri), Choi Jun-ho, Park Ji-hyeon (tiga dari kiri), Park Bo-bae, Pau Marti Vicente, Kim Pan-gon dan E. Elavarasan. - Kredft foto: FAM
LAWAN sulung Malaysia pada Pestabola Merdeka Ke-43, 4 September 2024 dan lawan yang pertama ditemui ketika Pau Marti Vicente masih bergelar penolong jurulatih Harimau Malaya pada 23 Mac 2022.
Warga Sepanyol
ini mengulas keputusan undian Pestabola di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor pada
6 Ogos 2024 yang menemukan tuan rumah dengan Filipina atau digelar Azkals (Anjing
Jalanan) di Stadium Nasional, Bukit Jalil pukul 9 malam itu.
Malaysia menewaskan Filipina 2-0 menerusi jaringan Akhyar Rashid dalam perlawanan Siri Tiga Negara Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) di Stadium Nasional, Singapura ketika itu.
LIRIDON Krasniqi (10) dan La'Vere Corbin-Ong (22) ketika Malaysia mengatasi Filipina 2-0 di Stadium Nasional, Singapura dalam Siri Tiga Negara FAS 2022. - Kredit foto: FAM
“Merekalah
pasukan yang saya hadapi semasa mula menyertai Harimau Malaya, dua tahun lalu.
“Walaupun
sebagai jurulatih baharu, bukan baharu sebenarnya. Saya sudah biasa dengan
semua di sini, semua pemain dan barisan kejurulatihan serta tahu tugas kami.
“Kini kami
boleh memberi lebih tumpuan kepada Filipina. Saya sangat gembira bertemu lawan
ini. Kita tahu tentang mereka kerana mereka juga dari rantau ini, Asia
Tenggara.
“Juga sesuatu yang baik untuk Kejohanan ASEAN 2024 (23 November hingga 21 Disember 2024). Kita mungkin bertemu mereka lagi,” kata Pau, dipetik daripada laman sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) siaran 7 Ogos 2024.
Malaysia yang kini di ranking ke-134 dunia bertemu Filipina, manakala Lebanon akan membuka tirai Pestabola Merdeka 2024 dengan mencabar juara bertahan, Tajikistan juga pada 4 September 2024 pukul 4.30 petang.
Keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir ini akan menentukan laluan masing-masing ke perlawanan akhir (9 malam) atau penentuan tempat ketiga (4.30 petang) pada 8 September 2024 di Bukit Jalil nanti.
Jurulatih berusia 41 tahun ini turut menyifatkan Filipina yang di ranking ke-147 dunia malah Tajikistan (ke-103) mahupun Lebanon (ke-116) sebagai sangat kuat.
“Sudah tentu mana-mana mereka sangat kuat jadi kami bersedia untuk menghadapinya. Kami sudah merancang untuk menganalisis ketiga-tiga pasukan itu,” katanya.
Pau Marti Vicente, warga asing ke-17 yang menyandang ‘kerusi panas’ pasukan Malaysia ekoran peletakan jawatan Kim Pan-gon pada 16 Julai 2024 yang kini menyertai Ulsan Hyundai di tanah airnya, Korea Selatan.
PAU Marti Vicente (dua dari kiri) dan Kim Pan-gon (kiri) pada tugasan pertama mereka bersama-sama Harimau Malaya yang mengalahkan Filipina 2-0 di Singapura pada 23 Mac 2022. - Kredft foto: FAM
Bekas penolong
jurulatih FC Barcelona B (2018-2021) dan Hong Kong (2012-2013), menambah, “kami
hanya mahu menunjukkan kepada semua bahawa kami masih di sini (bersama-sama empat
rakan senegara Pan-gon).
Mereka ialah Park Bo-bae (penolong jurulatih), Cho Jun-ho (jurulatih penjaga gol), Park Ji-hyeon (jurulatih kecergasan) dan Lim Jae-hun (juruanalisis prestasi) selain penolong jurulatih tempatan, E. Elavarasan.
“Memandang hadapan, kami mahu menunjukkan pasukan sudah bersedia dan tidak mahu berhenti setakat ini. Kami mahu teruskan. Kami juga memantau para pemain (Liga Malaysia) untuk memastikan kami memilih yang terbaik untuk kejohanan ini.
“Kami juga
memerlukan sokongan para peminat Harimau Malaya dan Bukit Jalil tanpa mereka,
akan tampak lain. Kami akan memastikan mereka dapat menikmati perlawanan,”
katanya.
Pau juga beranggapan perlunya kehadiran Ultras Malaya sentiasa di kandang Harimau Malaya ini supaya setiap lawan yang bertandang, bakal terasa betapa sukarnya untuk berdepan ‘Pemain Ke-12’ itu. - KitaReporters
HARIMAU Malaya (jersi kuning) yang mengalahkan Taiwan 3-1 dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bukit Jalil pada 11 Jun 2024 lalu - tugasan akhir Kim Pan-gon sebelum mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatih Malaysia. - Kredit foto: FAM