Seni & Sukan 20 Aug, 2024

JDT FC dah menang awal? Dapat hadiah sebelum sepak mula akhir Piala FA 2024! Kalah menang Johor cuti!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Poster perlawanan akhir Piala FA 2024 antara Johor Darul Takzim (JDT) bertemu Selangor FC. - Kredit foto : e-Central


Pemain JDT meraikan kejayaan memenangi Piala FA 2023 selepas membenam Kuala Lumpur City (KL City) 2-0 dalam aksi final di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Kredit foto: Johor Southern Tiger.


Tidak kira sama ada  JDT FC kalah atau menang ketika menentang Selagor FC pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Ogos 2024 nanti, pastinya rakyat negeri Johor telah menerima 'hadiah' sebelum sepak mula apabila kerajaan negeri Johor mengumumkan hari Ahad, 25 Ogos 2024 sebagai cuti peristiwa.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui satu hantaran dalam Facebook miliknya mengumumkan perkara tersebut  pada 19 Ogos 2024 sempena Final Piala FA 2024 bagi menghargai sokongan 'pemain ke-12' pasukan Harimau Selatan dalam usaha mempertahan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2022 dan 2023 sebelum ini.

"Dengan perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad 25 Ogos 2024 sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh rakyat negeri Johor sebagai penghargaan buat 'pemain ke-12' pasukan Johor Darul Takzim (JDT) FC dalam piala FA 2024.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan tulang belakang di sebalik deretan kejayaan JDT. - Kredit foto : Johor Southern Tiger.


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merupakan antara penyokong utama pasukan Harimau Selatan.- Kredit foto : Facebook Onn Hafiz Ghazi.


"Marilah kita ramai-ramai turun bersama membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil hari Sabtu (24 Ogos 2024) ini dan memberikan sokongan padu kepada pasukan JDT yang kita sayangi dalam mempertahan kemenangan Piala FA 2024 ini. Sama-samalah kita doakan,"katanya.

Melalui hantaran tersebut juga beliau turut mengimbau perjalanan panjang pasukan Harimau Selatan ibarat kata pepatah 'Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari' yang disifatkannya amat bertepatan dengan perjalanan bola sepak Johor yang telah melalui beberapa era jatuh bangun yang amat pahit.

Menurutnya, segalanya bermula selepas Tunku Mahkota Ismail, pemangku Sultan Johor dilantik sebagai Presiden Johor FA  (PBNJ) yang baharu, sekali gus  menyaksikan pelbagai rombakan strategik yang berani dimulakan.

Tahun 2013 merupakan penampilan sulung Harimau Selatan di bawah inisiatif transfomasi baharu sebelum muncul juara liga pada tahun berikutnya dan berjaya mempertahan kejuaraan terssebut selama satu dekad (10 tahun berturut-turut) pada tahun lalu.

Perjalanan pasukan JDT dan Selangor FC menuju ke Perlawanan Akhir Piala FA 2024. -Kredit foto : e-Central.

Arif Aiman (depan) dan Bergson Da Silva (tengah) dua tunggak JDT yang diharapkan mampu merobek gawang Selangor FC dalam pertembungan di Final Piala FA 2024 di Stadium Bukit Jalil pada 24 Ogos 2024 nanti. - Kredit foto: Afiq Rawley.


Menurutnya, kejayaan Harimau Selatan menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 2015 merupakan satu sejarah kerana setakat ini JDT merupakan satu-satunya pasukan Asia Timur yang menjuarai piala berkenaan.

Penampilan konsisten JDT pada Liga Juara-Juara AFC serta kemampuan layak ke pusingan kalah mati (16 pasukan terbaik) dan menduduki ranking ke sembilan  kelab bola sepak Asia adalah sesuatu yang membanggakan, sekali gus mampu mempromosikan Johor kepada dunia melalui kolaborasi dengan kelab-kelab dan jenama-jenama terkemuka dunia.

"Dengan prestasi membanggakan dan kesungguhan yang ditunjukkan pasukan JDT, saya menyeru seluruh Bangsa Johor untuk datang beramai-ramai pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi sama-sama memberi sorakan dan semangat sebagai ‘Pemain ke-12” JDT. Kita penuhkan lautan Merah Biru di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"jDT telah memenangi Piala FA sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2016 dan dua kali berturut-turut pada tahun 2022 dan 2023. Insya-Allah Bangsa Johor, ayuh kita pastikan tahun ini JDT mempertahan kejuaraan untuk mencipta rekod hatrik kemenangan Piala FA," katanya. - KitaReporters

Onn Hafiz (dua dari kiri) menyampaikan Piala Liga kepada ketua pasukan JDT Farizal Marlias sambil diperhatikan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani  (kiri). - Kredit foto: Facebook Onn Hafiz Ghazi.

11
17
0
14
1
You will be interested