Seni & Sukan 18 Sep, 2023

Terbuka Hong Kong 2023: Teruskan usaha M Thinaah-Pearly Tan! Terlepas kejuaraan! Tewas pusingan akhir!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Beregu wanita negara M Thinaah-Pearly Tan terpaksa akur tewas tiga set kepada lawan dari Indonesia. - Kredit foto BAM


Pasangan beregu wanita M. Thinaah-Pearly Tan terlepas kejuaran pertama untuk tahun 2023 selepas tewas kepada pasangan 

Indonesia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam pertarungan tiga set 21-14, 23-25, 9-21 dalam pusingan akhir pada kejohanan Terbuka Hong Kong pada 17 September 2034.

Dalam set pertama, pasangan negara ini bermula garang dengan permainan kemas dan kurang mengurangkan kesilapan mudah membolehkan mereka jauh meninggalkan lawan untuk memenanginya. 

Namun dalam set kedua, pasangan Indonesia yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan tampil dengan aksi lebih baik menyebabkan kedudukan mata saling berkejaran satu sama lain. 

Permainan lebih menarik apabila kedudukan terikat 19-19 dan masing-masing bermain lebih selamat sambil menunggu kesilapan dari lawan. 

Akhirnya Rahayu-Ramadhanti berjaya memenangi set kedua 25-23 untuk mengheret permainan ke set ketiga. 



Dalam set ketiga, wakil Indonesia ini tampil dengan permainan lebih agresif hingga memberi kesukaran untuk pasangan negara. 

Thinaah-Pearly cuba bangkit untuk mengejar namum agak sukar kerana kedudukan mata terlalu jauh sambil dibantu permainan lebih kemas daripada Rahayu dan pasangannya. 

Pada hujung permainan, Pearly mengalami sedikit kecederaan yang menyukarkan untuk beliau bergerak lebih aktif. 

Mereka terpaksa akur selepas bertarung lebih sejam akhirnya kejuaraan menjadi milik pasangan Indonesia 9-21.  

Untuk rekod, kedua-dua pasangan ini telah bertemu sebanyak lima kali dan dua daripadanya memihak kepada pasangan negara. - KitaReporters

9
13
0
17
0
You will be interested