Seni & Sukan 16 Apr, 2020

PERIKSA BATAL! NILAI SEBENAR GI SEKOLAH DIAJAR

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. šŸ“§: akmar_mm@yahoo.com

Share this

KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 disambut baik oleh ibu bapa dan para guru. Pembatalan dua peperiksaan besar ini tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid kerana ia boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain. : KitaReporters


Selain memberi kelegaan buat ibu bapa, para guru juga dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dalam memberi pendidikan terbaik untuk pelajar.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang guru matematik setelah KPM mengumumkan berita tersebut. 

Hasil perkongsian kreatifnya dalam Facebook, telah menarik perhatian ramai.


Menurut guru yang dikenali sebagai Muhammad Rauf Fathi itu, dia menyambut baik keputusan KPM membatalkan dua peperiksaan tersebut.

Hikmah di sebalik pembatalan tersebut memberi ruang kepada para guru untuk mengajar dengan tiada unsur tekanan, sekali gus melahirkan aktiviti kreatif dan pelbagai tanpa mengejar silibus.

ā€œApabila aktiviti kreatif dan pelbagai murid akan belajar dengan gembira. Cikgu pun gembira! 

"Maka, pembelajaran bermakna dapat dilakukan. Di situlah kunci kepada nilai sebenar ā€˜alam persekolahanā€™, tulisnya.

Justeru, dia menyeru kepada calon-calon UPSR agar memanfaatkan ilmu yang dipelajari sebelum ini walaupun peperiksaan itu dibatalkan.

ā€œSatu saja harapan kepada anak-anak murid, batal UPSR bukan bermakna segala ilmu yang kita belajar sebelum ini tidak berguna. 

"Kita belajar bukan untuk UPSR! Kita belajar untuk masa depan. Ilmu yang diajar itulah akan diaplikasikan dalam kehidupan,ā€ nasihatnya.

Bukan sahaja hanya pandai bercakap, cikgu matematik ini juga berkongsi alasan dan idea kenapa subjek matematik sangat penting dalam kehidupan.

Berikut komen penuh Muhammad Rauf Fathi dalam hantarannya:

1. Terima kasih YB Menteri Kanan Pendidikan yang memberi keutamaan luahan guru-guru, ibubapa berkenaan isu keselamatan dan kesihatan murid ketika Wabak Covid19.

2. Kami guru-guru menyambut baik berita ini. Ia sebenarnya memberi ruang kepada kami untuk mengajar dengan tiada unsur tekanan.

3. Natijahnya, guru-guru akan punya banyak waktu mengajar dengan pelbagai aktiviti kreatif dan pelbagai tanpa mengejar silibus.

4. Bila aktiviti kreatif dan pelbagai murid akan belajar dengan gembira. Cikgu pun gembira!

5. Maka, pembelajaran bermakna dapat dilakukan. Disitulah kunci kepada nilai sebenar Alam Persekolahan.

6. Satu saja harapan kepada anak-anak murid, batal UPSR bukan bermakna segala ilmu yang kita belajar sebelum ini tidak berguna.

7. Kita belajar bukan untuk UPSR! Kita belajar untuk masa depan.

8. Ilmu yang diajar itulah akan diaplikasikan dalam kehidupan.

9. Akhir kata, dekat bawah ni cikgu kongsikan kenapa kita belajar beberapa topik Matematik sebelum ini! Jangan pulak kata Matematik tak penting ye!!!

Idea kreatif dan lucu, namun dalam masa yang sama menarik perhatian orang ramai. 


Hasil perkongsian kreatif ini, tidak hairanlah ia dikongsi sebanyak 3,000 oleh pengguna Facebook yang tertarik cara guru ini mengajar.

Semoga usaha cikgu Muhammad Rauf Fathi ini menarik minat para pelajar untuk belajar matematik. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested