Kredit foto: FB Kedah FC
PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) diharap tidak menjadikan tuntutan tunggakan cukai berjumlah lebih RM10 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai modal politik sebaliknya mengambil langkah segera untuk menyelesaikan isu membabitkan Kedah FC itu.
Presiden Kelab Penyokong Puaka Jerai
(PJFC), Zulkifli Hashim berkata ungkit mengungkit serta sikap menuding jari
tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya pentadbiran baharu yang menerajui
KFA sekarang perlu bertanggungjawab atas sebarang masalah yang mereka warisi
daripada pentadbiran lama.
“Kita akui perkara ini berlaku atas kelemahan pentadbiran lama tapi tidak guna jika kita terus mengungkit isu itu atau menuding jari mencari salah mereka.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kedah FC
Zulkifli Hashim (berdiri dua dari kiri) bersama penyokong setia pasukan Kedah FC. - Kredit foto: FB Puaka Jerai.
Bila bernikah dengan janda itu, mesti sanggup tanggung masalahnya, jangan fikir sedap saja. Kalau tidak, jangan kahwin dengan dia!"
“Bagi saya, apabila satu pihak sudah bersetuju untuk menerajui sesebuah badan atau persatuan, maka dia perlu bersedia untuk menerima tanggungjawab walau apapun keadaannya.
“Ibarat kita berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai anak, maka sebarang masalah yang timbul ekoran perceraian janda tersebut dengan suaminya dulu termasuk anak-anaknya kini menjadi tanggungjawab kita.
“Tak kan janda tu kita nak, anak-anaknya kita tak sanggup tanggung dan menyalahkan pula bekas suami wanita itu dengan mengungkit masalah lama yang berpunca daripada bekas suami kepada janda itu. Bila bernikah dengan janda itu, mesti sanggup tanggung masalahnya, jangan fikir sedap saja. Kalau tidak, jangan kahwin dengan dia!
“Begitu juga dengan KFA, kalau dah sanggup ambil alih pentadbiran, sangguplah juga menyelesaikan apa pun masalahnya walaupun ditinggalkan oleh pentadbiran lama,” kata Zulkifli memberi anologi berhubung isu yang sedang dihadapi KFA dan Kedah FC itu.
Zulkifli, presiden Kelab Penyokong Puaka Jerai. - Kredit foto: FB Puaka Jerai.
Zulkifli berkata, daripada pemerhatiannya, berlaku kecenderungan sesetengah pihak untuk menangguk di air keruh dengan menjadikan isu ini sebagai modal politik murahan.
“Jangan jadikan isu ini sebagai polemik
untuk meraih perhatian. Malah, lebih malang jika ada pihak cuba menjadikan ia
sebagai modal politik untuk memperlekehkan atau menyerang seteru politik
mereka. Saya nampak kecenderungan itu.
“Saya minta, janganlah kita
mempolitikkan isu ini kerana ini adalah isu bola sepak, bukan politik.
Jalan, terbaik adalah cari penyelesaian segera kerana jika KFA lambat
bertindak, ia akan memberi masalah kepada pasukan Kedah FC terutama dalam soal
mendapatkan lesen untuk bertanding musim depan.
“Saya tidak menyokong sebarang parti politik atau mana-mana pemimpin politik. Saya hanya sokong pasukan bola sepak Kedah. Saya bercakap atas dasar sebagai penyokong Hijau Kuning!” tegasnya.
Firdaus dedahkan tuntutan RM10 juta oleh LHDN dalam Sidang DUN Kedah pada Khamis, 23 September, 2021. - Kredit foto: Sinar Harian.
Terdahulu ketika membuat penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Khamis, 23 September, 2021, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad mendedahkan KFA berdepan tuntutan cukai lebih RM10 juta setelah LHDN melakukan semakan semula.
Beliau yang juga Setiausaha Kehormat
KFA berkata, pada mulanya KFA menerima satu tuntutan notis LHDN berjumlah RM3.4
juta tidak termasuk kompaun untuk tempoh 2016 hingga 2019.
“Pengurusan terkini KFA telah
memberikan komitmen penuh untuk membayarnya dan LHDN pula memberi tempoh
tertentu untuk KFA melaksanakan pembayaran penyelesaian secara berjadual.
“Bagaimanapun, apabila LHDN melihat komitmen kita untuk membayar cukai serta tunggakan tersebut, mereka membuat siasatan lebih mendalam dan akhirnya kita terima tuntutan kedua yang keseluruhannya berjumlah lebih RM10 juta melibatkan tempoh 2014 hingga 2019 pula,” katanya.
Liridon dan Sandro, dua pemain import mempunyai tunggakan cukai yang dituntut LHDN. - Kredit foto: Harian Metro.
Sekarang bila pengurusan baharu beri kerjasama, maka mereka datang longgok semua atas ‘kepala’ kita. Kalau macam itu, teruklah kita. - Sanusi"
Susulan itu, Menteri Besar, Muhamad Sanusi Md Nor yang juga merupakan presiden KFA mendedahkan, tunggakan itu adalah cukai untuk beberapa orang pemain import Kedah FC sebelum ini.
Menurut Sanusi, tunggakan cukai Sandro Da
Silva berjumlah RM2.3 juta, manakala Liridon Krasniqi pula adalah RM1.78 juta.
Katanya, pengurusan KFA terdahulu
didapati memotong gaji pemain serta jurulatih terbabit, namun gagal melunaskan
bayaran cukai kepada LHDN.
“Selain Sandro dan Liridon, tunggakan cukai tertinggi turut melibatkan Bang Seung Hwan RM935,000, Ken Ilso Larson (RM470,000), Chidi Edeh (RM434,000) dan Carlos Kahe (RM346,000).
“Tuntutan tunggakan cukai itu turut
melibatkan barisan jurulatih import antaranya Ian Gillan dan Stefano
Impagliazzo,” kata Sanusi selepas berakhir Sidang DUN Kedah pada Khamis, 23
September, 2021.
“Sepatutnya kalau ada tunggakan pada 2018 atau 2017, tuntutlah pada tahun itu juga tetapi mereka kata pada masa itu pengurusan KFA lama tidak memberi kerjasama.
Muhammad Sanusia Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap presiden KFA. - Kredit foto: Facebook.
“Sekarang bila pengurusan baharu beri kerjasama, maka mereka datang longgok semua atas ‘kepala’ kita. Kalau macam itu, teruklah kita kerana KFA bukan badan membuat keuntungan sebaliknya bergerak memajukan sukan menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat-syarikat.
“Bila nak
dapatkan lesen baharu pemain Kedah FC untuk musim depan, kita diminta kemukakan dokumen
pelesenan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga
Bola Sepak Malaysia (MFL) tetapi dikejutkan dengan tuntutan baharu LHDN
berjumlah RM10.4 juta,” katanya.
Situasi ini
sudah tentu meresahkan penyokong Hijau Kuning kerana kegagalan menyelesaikan
isu ini akan menyebabkan Kedah FC tidak diberikan lesen untuk bertanding musim
depan (2022), sekali gus turut terlepas peluang beraksi pada Piala AFC selepas
menempah slot itu dengan menduduki tangga kedua Liga Super musim ini.
“Inilah yang menjadi kebimbangan penyokong. Maka, saya memohon kepada pengurusan KFA agar segera menyelesaikan isu ini. Carilah jalan penyelesaian terbaik kerana di atas padang pemain sudah memberikan segala-galanya demi bola sepak Kedah,” kata Zulkifli. – KitaReporters