Seni & Sukan 25 Sep, 2021

Video| Kerana nak cepat ke ambulans, ibu bersalin terpaksa ditandu! Diusung lalui tebing curam!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Ibu hamil terpaksa diusung oleh orang-orang kampung melintasi sungai yang kering ke ambulans. - Kredit foto: Kompas


MASALAH kemudahan jalan yang selesa dihadapi sejumlah kampung di daerah pedalaman di Indonesia sehingga menyukarkan jika berlaku sebarang kecemasan seperti sakit tenat yang memerlukan rawatan segera.

Pengalaman cemas dan sukar ini dialami seorang wanita hamil. Dia cuba bersalin di rumahnya kerana tidak sempat di bawa ke klinik berhampiran. Namun sayangnya ari-arinya tidak dapat dikeluarkan, menyebabkan dia perlu mendapat rawatan kecemasan di klinik berhampiran.





Masalahnya kampung ibu hamil itu di Dusun Baban Timur, Desa Mulyorejo, Kecamatan Silo, Jember, Jawa Timur jauh terpencil dan tidak mempunyai kemudahan perjalanan yang selesa dan terpaksa merentasi sungai.

Ambulans tidak dapat sampai ke rumahnya, malah motosikal jenis tertentu sahaja yang dapat melalui jalan yang sentiasa becak dan tidak rata terutama pada musim hujan.

Satu-satunya cara untuk membawa wanita ini ke ambulans yang sedang menunggu di pinggir sungai di sebelah dengan pantas ialah dengan ditandu atau diusung oleh sekumpulan penduduk.



Nasib menimpa seorang ibu hamil menyebabkan pihak berkuasa tempatan segera menyiapkan jalan melintasi sungai di kampung itu. - Kredit foto Merdeka.com


Wanita ini pada Selasa, 21 September 2021 lalu terpaksa ditandu dengan mengikuti jalan yang curam dengan penuh risiko. Terdapat beberapa kakitangan perubatan terpaksa memakai peralatan pelindung diri (PPE) bagi mencegah dijangkiti Covid-19.

Selepas tiba di ambulans, wanita hamil berkenaan terus dibawa ke Klinik Silo 2 dan dia berjaya melahirkan bayinya dengan selamat.

Bagaimanapun peristiwa yang dialami ibu tersebut memberi nikmat kepada penduduk kampungnya.

Pihak pentadbir daerah pada keesokan harinya terus menyiapkan jambatan sementara  dalam tempoh 5 jam bagi memudahkan kenderaan roda empat dan roda dua lalu lalang menyeberangi sungai menuju ke pekan terdekat. - KitaReporters


7
14
0
11
1
You will be interested