Seni & Sukan 09 Jun, 2021

"Suami: Kenapa nangis? Isteri: Kenapa beli? Suami: Sebab abang sayang sayanglah!" Undang sebak!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Tiada apa yang paling indah dalam perhubungan rumah tangga itu selain dihargai pasangan kita. Kebahagiaan itu subjektif kerana setiap orang melihat kebahagian itu dengan cara tersendiri. 

Bagi si suami, sudah pasti ingin memberikan yang terbaik untuk si isteri walau macam mana caranya sekalipun.

Perkara ini yang cuba dilakukan oleh seorang pemuda ini apabila tekad memberi kejutan kepada si isteri biarpun beliau hanya bekerja sebagai penghantar makanan.


Lagi cerita-cerita menarik berkenaan penghantar makanan



Menurut ayah kepada seorang anak ini, beliau hadiahkan telefon baharu berjenama iPhone kepada isteri beliau dek kerana telefon isterinya itu telah lama digunakan sejak zaman bercinta hingga ke alam perkahwinan.  



Bukan itu sahaja, isterinya yang bekerja sebagai guru taska juga mengalami kesukaran untuk melakukan kerja apatah lagi ketika ini banyak kerja perlu dilakukan di rumah hingga satu tahap beliau telah baling telefonnya sendiri kerana terlalu stres.  



Mungkin sebab ini membuatkan si suami ingin hadiahkan telefon baharu untuk isteri tercinta. 

Kita yang menonton ini pun dapat rasa sebak dia inikan pula si isteri yang dapat kejutan macam itu. Bukan je si ibu, si ayah ini pun turut sama sebak. 




Suami : kenapa menangis ? Isteri : kenapa beli ? Suami : Sebab abang sayang sayanglah. 

Melihat ruangan komen, ramai juga yang sebak dengan video ini dan ramai juga yang mendoakan hubungan mereka ini akan dimurahkan rezeki selalu. - KitaReporters







1
0
0
0
0
You will be interested