Seni & Sukan 19 Oct, 2021

Aryan Khan hidup menyendiri! Tak mandi, tak makan dalam penjara! Shah Rukh Khan, Gauri bimbang!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Aryan lebih suka menyendiri dalam penjara. - Kredt foto: IG AryanKhan

Aryan Khan, 23, anak bintang Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK), 55, kini hidup menyendiri dan tidak mahu berinteraksi dengan tahanan lain dalam penjara.

Aryan dikatakan tidak mandi dan tidak menjamah makanan yang disediakan dan ia membimbangkan pihak penjara akan kebersihan diri dan tahap kesihatannya.

Aryan dipantau dan diberi tahap keselamatan lebih ketat dan dipindahkan ke pusat tahanan khas di Penjara Arthur Road, Mumbai, menurut media PinkVilla. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shah Rukh Khan

Aryan (kanan) ketika ditahan kerana memiliki dadah pada 3 Oktober 2021. - Kredit foto: PinkVilla


Keadaan Aryan itu membimbangkan ibu bapanya, SRK dan Gauri.

Sebelum ini SRK dilaporkan menghantar wang untuk perbelanjaan kantin kepada Aryan bagi membolehkan anak sulung kesayangannya merasai makanan lebih selesa

SRK mengirim wang sebanyak Rs4,500 (kira-kira RM250) pada 11 Oktober 2021, iaitu jumlah maksimum yang dibenar oleh pihak penjara. Perkara itu disahkan oleh Penguasa Penjara, Nieten Waychal.

Menurut The Times of India, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan oleh anggota polis daripada Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober 2021. 
Dalam serbuan itu, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan wang tunai lebih 1.3 juta lakh (RM7,400) . Sejumlah dadah seberat 6 gram turut ditemui dalam kocek seluar Aryan dalam pesta dadah yang diadakan atas kapal persiaran itu.

Aryan ditahan hingga 20 Oktober 2021 ini untuk siasatan lanjut selama 14 hari. 


Aryan tidak mandi dan tidak berselera makan dalam penjara. - Kredit foto: IG AryanKhan

Demi anak kesayangannya, SRK mengupah Satish Maneshhinde, 56, iaitu salah seorang peguam ternama dan termahal di India yang mempunyai rekod cemerlang dalam memenangi kes jenayah.

Isterinya, Gauri turut berdoa dalam majlis keagamaan dikenali sebagai Navratri bermula 7 Oktober 2021 lalu dan berpuasa ikut kepercayaannya iaitu tidak mengambil gula.

Sejumlah pelakon memberi ucapan tabah kepada Aryan melalui media sosial. Beberapa bintang lain seperti Salman Khan dan Preity Zinta mengunjungi kediaman SRK untuk memberi semangat menghadapi dugaan itu. - KitaReporters


Kredit foto: Tribune India

12
9
0
10
0
You will be interested