Seni & Sukan 09 Oct, 2020

Isteri Fendy Bakry hamil? Gara-gara gambar belimbing buluh!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Pada 30 Ogos 2020 yang lalu, pelakon Fendy Bakry membuat kejutan apabila melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya, Ayu Afnizar. Tidak banyak maklumat mengenai isterinya dikongsi kerana dia menghormati permintaan wanita yang berjaya menakluk hatinya itu. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan mengandung:

https://kitareporters.com/search?search=mengandung


Selain berlakon, Fendy juga seorang ahli perniagaan apabila mempunyai kedai makan, Bhenang Kitchen yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Antara makanan popular di situ ialah kuetiau goreng.

Kuetiau yang dijual di Bhenang Kitchen nampak menyelerakan.


Terbaharu, Fendy menerusi laman Instagramnya (IG) memuat naik gambar belimbing buluh dengan kapsyen yang berbau teka-teki. Dia seolah-olah mahu memberitahu satu berita gembira, namun tidak secara terus-terang sehingga membuatkan netizen mula berteka-teki.

“Owhhhh, sajalah post. Lalalala,” tulisnya ringkas tetapi menimbulkan tanda tanya.

Hantaran oleh Fendy ini mengundang spekulasi netizen.


Umum mengetahui belimbing buluh adalah sejenis buah yang masam dan biasa digunakan dalam masakan. Manakala buah yang masam sering dikaitkan dengan wanita yang sedang hamil.

Kebanyakan wanita hamil gemar makan buah yang masam untuk menghilangkan rasa loya akibat perubahan hormon. Malah, wanita hamil juga sering mengidam makan yang pelik-pelik.

Justeru, gambar belimbing buluh yang dimuat naik oleh Fendy itu mencetuskan tanda tanya dan membuatkan netizen mula berteka-teki.

Netizen mula berteka-teki sehingga Fendy terpaksa menjelaskan perkara sebenar. 


Namun dalam ruangan komen, Fendy menjawab tekaan sesetengah netizen yang mengatakan isterinya hamil.

Menurut Fendy, isterinya tidak hamil sebaliknya ada projek yang mahu dilakukan berkaitan dengan buah tersebut.

“Ada projek. Ishhh tidaklah,” katanya menjawab tekaan netizen.

Apakah projek yang dimaksudkan oleh Fendy itu? 

Mungkin dia mahu menggunakan buah tersebut dalam menu masakan yang bakal dijual di kedainya nanti. Mungkin juga dia mahu buat sambal hitam yang merupakan makanan popular di Pahang atau masak lemak udang belimbing buluh.

Amboi, buat suspen je Fendy ni! Ingatkan isteri sudah hamil. Baru nak ucapkan tahniah. 

Makin kencang perniagaan kedai makan Fendy. Semoga perniagaannya itu bertambah maju dan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. - KitaReporters

1
1
0
1
2
You will be interested