Gaya Hidup 02 Jun, 2021

Nak dapat RM150! 2j belia berpeluang terima melalui eBelia! Menteri saran belia tuntut sekarang!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan bekas pemimpin pelajar, bekas pegawai sektor awam, korporat & komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Editor portal berita dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


PENGASAS dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba (syarikat e-dagang antara paling berjaya di dunia) Jack Ma pernah berkata: "Bantulah anak muda. Bantu orang kecil. Mereka akan menjadi besar. Anak muda akan memiliki benih yang anda semai dalam fikiran mereka. Dan apabila dewasa, mereka akan mengubah dunia."

Ini menggambarkan pentingnya golongan belia diberi perhatian serius terutama dalam sektor kebajikan mereka, jika sesebuah tamadun itu ingin berjaya di masa hadapan.

Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) tidak pernah sunyi dan sepi daripada memberi pelbagai inisiatif dan idea-idea baharu dalam perkembangan golongan belia negara kita.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan belia



Terkini, kerajaan semasa telah melancarkan Program eBelia yang merupakan salah satu inisiatif (diumumkan di bawah Belanjawan 2021) bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta.

Melalui inisiatif terbaharu ini, setiap pemohon (golongan belia) layak dan boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai mengikut tempoh yang ditetapkan.

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021 depan.

Inisiatif ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun semasa 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003), atau pelajar sepenuh masa pada peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat.



Program e-Belia yang ditunggu-tunggu sejak awal tahun ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara maya pada 1 Jun 2021.

Sambutan yang menggalakkan daripada golongan sasaran tersebut jelas boleh diukur melalui Program e-Belia 'trending' dalam Twitter pada hari yang sama.

Golongan ini layak menerima bantuan kredit e-Wallet (e-Dompet) sebanyak RM150 itu melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).



Dalam perkembangan berbeza, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyeru para belia untuk mengambil peluang keemasan ini untuk mengambil kesempatan ini sebaik mungkin. 

Reezal Merican dalam sebuah video ucapannya turut mengucapkan terima kasih buat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana sentiasa cakna dengan keluh kesah golongan belia dan mahasiswa dalam negara ini.

Semoga Program eBelia ini dapat memanfaatkan dua juta rakyat Malaysia yang mengambil bahagian, serta merancakkan aktiviti ekonomi rakan-rakan strategik yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini. - KitaReporters


0
2
0
0
1
You will be interested

Video| Perhimpunan motosikal RXZ terbesar? 30,000 peminat di Stadium Gong Badak! PM pun hadir sama!

Lebih 30,000 peminat motosikal RXZ dari seluruh negara termasuk PM Ismail Sabri Yaakob hadir pada program RXZ Members 4.0 yang disifatkan perhimpunan terbesar

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Bukan main anak aku! Salam boyfriend dulu sebelum masuk kereta! 10 minit tunggu drama! - Ibu

Perkongsian rakaman seorang ibu yang tunjukkan gelagat anak perempuannya bersalaman dengan boyfriendnya sebelum balik dari sekolah meraih perhatian orang ramai
Fitri Hazim in Gaya Hidup 3 hours ago

Video| Fafau angaukan Anuar Zain? Ada pertemuan sweet! Peminat, rakan doakan mereka bertemu jodoh!

Fara Fauzana muat naik video 'sweet' bersama Anuar Zain dalam laman Instagramnya. Fafau berkongsi suasana manis bertemu dengan Anuar selepas konsert berlangsung
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 3 hours ago

Kelab SAHOCA Bikers Legend! Bekas murid dan guru bergabung! Bersatu buat kerja-kerja kebajikan!

Aktiviti bermotosikal jadi aktiviti SAHOCA Bikers Legend paling aktif sebab lebih menarik serta beri peluang kepada ahli-ahli untuk berkhidmat kepada masyarakat
Normala Hamzah in Gaya Hidup 6 hours ago

Video| Kayuhan Merdeka 2 pengayuh! Singgah di Terengganu! Sebelum berakhir di Perlis! 31 Ogos 2022!

Di Pantai Kemasik, Kemaman, kedua-dua pengayuh Kayuhan Merdeka edarkan Jalur Gemilang kepada 30 pelajar Tadika, 11 pelajar Taska KEMAS dari Medan Jaya, Marang
Che Saad Noordin in Gaya Hidup 6 hours ago