SEKARANG ini di Indonesia, peminat sukan rancak menonton pertandingan bola keranjang sempena Liga Bola Keranjang Indonesia atau IBL 2022 (Indonesia Basketball League) yang disertai 16 pasukan untuk bersaing dalam 32 perlawanan.
Setiap kali pasukan bola keranjang Satria Muda (SM) Pertamina Jakarta berlawan di gelanggang, kelibat aktor Baim Wong pasti ada dalam kalangan penonton.
Pelakon itu sentiasa turun gelanggang memberi sokongan moral kepada pasukan Satria Muda Pertamina kerana beliau merupakan presiden pasukan tersebut sejak 23 Disember 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Baim Wong
Baim Wong bersama anak, Kiano Tiger Wong sewaktu menonton perlawanan pasukan Satria Muda Pertamina, baru-baru ini. - Kredit foto: IG @baimwong
Baim bukanlah selebriti pertama Indonesia yang terbabit dalam sukan bola keranjang, sebaliknya beliau mengikut jejak langkah dua lagi rakan artis iaitu Raffi Ahmad dan Gading Marten.
Raffi sebelumnya mendirikan kelab bola keranjang, RANS PIK, sementara Gading menjadi presiden kelab West Bandits Solo.
Sebelum mengambil keputusan menjawat jawatan presiden untuk kelab Satria Muda, Baim sering berdiskusi dengan Raffi yang terlebih dahulu berpengalaman dalam bidang tersebut.
Baim dan isteri, Paula Verhoeven bersama isteri Raffi Ahmad, Nagita Slavina dan anak, Rafathar.
Menurut Baim, bola keranjang bukanlah sukan baharu diminati sebaliknya beliau mengaku sudah mengikuti perkembangan bola keranjang Indonesia sejak era Kompetisi Bola Basket Utama (Kobatama), tahun 1982 hingga akhirnya dibekukan pada 2010.
Kata suami kepada Paula Verhoeven, sebelum ini beliau banyak mendapat tawaran dari kelab sepak bola Indonesia, namun ditolak kerana lebih tertarik dengan bola keranjang.
"Saya dapat banyak tawaran dari
kelab bola sepak tapi saya menolak walaupun imbuhannya besar, untuk apa terima kalau untuk trending atau wang? Kita hidup tidak lama, saya mau yang
saya senang, passion juga ada," akuinya.
Ayah kepada dua anak ini bersetuju dengan
tawaran daripada kelab bola keranjang kerana pasukan tesebut merupakan juara IBL
2021.
Sudah lama Baim meminati dan mengikuti sukan bola keranjang dan impiannya ingin melihat pasukan bola keranjang Indonesia menjadi tersohor.
“Awalnya,
saya juga bingung kenapa memilih saya kerana masih ramai yang lebih hebat semua," kata
Baim yang mempunyai impian besar agar kemeriahan sukan bola keranjang Indonesia
kembali semarak seperti dulu lagi.
Baim sedar tanggjungjawab digalas sebagai presiden kelab ternama itu amat berat kerana beliau perlu meningkatkan aspek bisnes dan komersial kelab tersebut.
"Mudah bagi saya untuk memutuskan mengambil posisi ini mengingat saya akan memimpin salah satu kelab olahraga yang paling tersusun dan profesional di Indonesia.
"Namun, apa yang ada pada kepala saya lebih daripada itu, ada beberapa perkara perancangan ingin dilakukan untuk memajukan sukan bola keranjang di Indonesia secara keseluruhan.
"Saya ingin membantu pengembangan bisnes dan komersial kelab, lagipun kebelakangan ini olahraga sudah menjadi kerjaya.
"Potensi sukan ini untuk menjadi olahraga yang komersial amat besar. Kita akan menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun 2023 akan datang, jadi saya rasa ini merupakan peluang terbaik untuk sama-sama kembangkan lagi arena bola keranjang," ujar Baim.
Sering hadir memberi sokongan kepada pasukan Satria Muda Pertamina Jakarta.
Sementara
itu, Ketua Jurulatih Satria Muda Pertamina, Youbel Sondakh berkata, posisi seorang
presiden kelab amat berpengaruh kepada pasukan dan beliau percaya Baim dapat
meningkatkan prestasi dan nama pasukan tersebut dalam arena bola keranjang.
“Presiden
kelab sangat berpengaruh dengan hubungan semangat, kehadirannya membuat pasukan
merasa dihargai. Saya rasa dengan nilai dimiliki Baim, kami yakin boleh jadi
yang terbaik ketika di gelanggang mahupun di luar gelanggang,” ujarnya.
Selain itu, pelantikan Baim sebagai presiden kelab tersebut juga dibuat berdasarkan kedudukannya yang strategik dan mantap dalam perkembangan digital di Indonesia.
Populariti Baim dilihat dapat meningkatkan semangat orang ramai terhadap sukan bola keranjang Indonesia.
“Kita tahu Baim adalah salah satu yang terbaik dalam bidangnya iaitu aktif di media sosial dan merupakan content creator. Kami berharap kelebihannya itu dapat membantu sukan bola keranjang Indonesia,” kata Youbel Sondakh. - KitaReporters
Bersama salah seorang pemain Satria Muda Pertamina Jakarta, Derrick Michael.