Seni & Sukan 25 Jun, 2021

Tahniah APMM Terengganu! Tahan 103 bot nelayan asing, 1,102 kru! Op Kuda Laut sejak 25 Jun 2020!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Sebahagian nelayan asing yang ditahan APMM menerusi OP Kuda Laut


AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu telah berjaya menahan 103 bot nelayan asing dan 1,102 kru rakyat asing yang menceroboh perairan negara selama setahun pelaksanaan Op Kuda Laut yang dilaksanakan bemula 25 Jun 2020 lalu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, menerusi Op Kuda Laut tersebut, pihak APMM menganggarkan nilai keseluruhan rampasan terhadap bot-bot terbabit berjumlah RM154.5 juta.

Katanya, antara yang ditahan termasuk  61 bot dan 699 orang kru nelayan asing bagi fasa pertama dan kedua

Beliau berkata, manakala, dari Januari sehingga Jun 2021 (fasa ketiga), APMM telah tahan 42 bot melibatkan 403 orang kru, termasuk 42 orang yang ditahan pada Selasa, 22 Jun 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan APMM

Muhammad Suffi Mohd Ramli


Muhammad Suffi berkata, Op Kuda Laut turut meletakkan satu prosedur operasi standard (SOP) yang ketat iaitu saringan di laut untuk memastikan tahanan yang ditangkap selamat daripada jangkitan COVID-19 sebelum dibawa ke jeti maritim untuk siasatan lanjut.

“Kita terpaksa menahan mereka sehingga proses ‘swab test’ daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat keputusan. Selain tahanan, pegawai terlibat akan turut dikuarantin sehingga keputusan ‘swab test’ tahanan diperolehi,” katanya. 

Operasi tersebut katanya, merangkumi tiga fasa pelaksanaan membabitkan penangkapan dan pengusiran nelayan asing.

Beliau berkata,fasa pertama membabitkan penangkapan penceroboh, tetapi pada fasa kedua kita berhenti menangkap, sebaliknya melakukan pengusiran kerana penularan COVID-19 sangat tinggi membabitkan lokap tahanan dan juga penjara pada waktu itu.

Operasi ini membabitkan pelbagai aset APMM di perairan Terengganu, Pahang dan Kelantan yang dikawal selia sepenuhnya oleh Pusat Pengawasan Operasi Maritim (MOCC) di Kuala Terengganu,” katanya. - KitaReporters


Tangkapan terbaharu oleh APMM Terengganu membabitkan empat bot nelayan asing di perairan negara pada  22 Jun 2021.

11
4
0
1
2
You will be interested