Gaya Hidup 31 Oct, 2020

Terima kasih YaPEIM! Sediakan bantuan Food Bank untuk rakyat

@haris fadilah ahmad
Pernah bertugas sebagai 'stringer' Utusan Malaysia dan Utusan Melayu (Jawi) mulai 1987 hingga Oktober 2019.

Share this

KERAJAAN Persekutuan dan kerajaan negeri sentiasa prihatin dan endah dengan kebajikan golongan asnaf termasuk mereka yang memerlukan menerusi bantuan zakat dan dana sumbangan daripada dermawan yang diaturkan oleh pelbagai agensi, institusi kewangan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). : KitaReporters 


Pelbagai kategori inisiatif bantuan kebajikan yang digerakkan oleh YaPEIM kepada penduduk yang memerlukan termasuk kalangan penuntut di seluruh negara. - Kredit foto: portal YaPEIM


Lagi cerita-cerita berkaitan bank makanan:

https://kitareporters.com/search?search=bank+makanan


Selain dari institusi zakat yang cakna dengan kebajikan golongan asnaf di setiap negeri, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) juga menyahut seruan negara rahmah dengan menerusi bantuan program Food Bank 2.0 tahun 2020 ini dalam bentuk makanan kering (dry food) kepada kepada penduduk yang berpendapatan rendah (B40) di negara ini. 

Laporan daripada berita RTM memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai berkata, kira-kira RM7 juta diperuntukkan oleh YaPEIM menerusi program bank makanan ini sejak September 2019 hingga bulan Jun 2020 ini.


Kredit foto: Portal berita RTM.gov.my


Kenyataan menteri berkenaan juga menyebut seramai 386, 977 orang penduduk dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah B40 termasuk kategori tertentu telah menerima program manfaat bank makanan itu. 

Sehubungan itu, seramai 250 orang ketua isi rumah yang berpendapatan terendah (B40) di 11 buah kampung daerah Lipis menerima manfaat bantuan Food Bank, iaitu apabila menerima barang keperluan dapur pada satu majlis di Balai Penghulu Mukim Telang, Kampung Berchang, Lipis pada 28 Oktober 2020 lalu.

Sumbangan YaPEIM melibatkan seramai 250 orang ketua isi rumah di sembilan buah kampung di mukim Telang, kawasan Dewan Undagan Negeri (DUN) Padang Tengku, manakala dua kampung lagi terletak di DUN Jelai. 

Majlis penyampaian bantuan Food Bank 2.0 kepada penduduk berkenaan yang berupa 15 jenis barangan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, gula, susu pekat, tepung gandum, sekilogram daging segar dan sebagainya telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long


Sebanyak 250 pek barang kering (keperluan dapur) sedia disumbangkan oleh YaPEIM Pahang kepada penduduk berpendapatan rendah B40 di 11 buah kampung di daerah Lipis pada 28 Oktober 2020. - Kredit foto: FB DUN Padang Tengku


NORULBAYA ABDUL RAHMAN


Ketua Jabatan Komuniti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) negeri, Norulbaya Abdul Rahman berkata, sebanyak 250 pek makanan kering (dry food) dan daging segar seberat satu kilogram disumbangkan kepada ketua keluarga berkenaan di kedua mukim tersebut.

"Kesemua barangan kering sebagai keperluan dapur bernilai RM33,750 diberi kepada penduduk berpendapatan rendah dan pekebun kecil," katanya menerusi hantaran dalam laman sosial Facebok DUN Padang Tengku pada 28 Oktober 2020.

Menurut Norulbaya, bantuan pek makanan kering itu dapat meringankan perbelanjaan keluarga berkenaan lebih lagi ketika masih dalam tempoh pemulihan daripada ancaman pandemik COVID-19. 


Mustapa Long (2 dari kanan) serta disaksikan oleh kakitangan YaPEIM Pahang menyampaikan sumbangan keperluan dapur kepada ketua keluarga berpendapatan rendah (B40), Hassan Ali dalam satu majlis di Pejabat Penghulu Mukim Telang, Kampung Berchang, Lipis pada 28 Oktober 2020. - Kredit foto: FB DUN Padang Tengku


Penerima bantuan dari Kampung Relong, Hassan Ali berkata, dia berterima kasih kepada YaPEIM kerana memperoleh bantuan keperluan dapur program Food Bank 2.0 serta satu kilogram daging segar untuk keselesaan keluarganya. 

"Bantuan ini memang tepat bagi meringankan beban perbelanjaan dapur memandangkan keadaan kewangan keluarga saya yang terhad selain tekanan hidup pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika ini yang masih belum nampak penghujungnya.

"Saya berterima kasih kepada wakil rakyat (Datuk Mustapa) yang turut berusaha sehingga memperoleh bantuan makanan ini dan keselesaan menyediakan juadah makanan untuk keluarga," katanya.


MUSTAPA LONG


Mengulas lanjut mengenai bantuan Food Bank 2.0 YaPEIM, Mustapa berkata, pejabat DUN Padang Tengku sangat menghargai usaha kebajikan YaPEIM untuk meringankan perbelanjaan isi rumah yang berpendapatan rendah lebih lagi berdepan kekurangan pendapatan selain tekanan dalam tempoh pemulihan pandemik COVID-19.

"Saya dan penduduk melahirkan setinggi penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pihak pengurusan Yapeim negeri kerana membantu kebajikan mereka yang memerlukan sekali gus menzahirkan kerajaan prihatin serta penyayang terhadap masalah rakyat.

"Majlis sumbangan di bawah program Padang Tengku Menyapa ini juga dapat merapatkan ukhuwah antara kakitangan YaPEIM negeri, pemimpin setempat menerusi ramah mesra bersama dengan penerima," ujarnya. - KitaReporters


Mustapa Long (tiga dari kanan) menunjukkan daging segar seberat satu kilogram merupakan sumbangan YaPEIM Pahang kepada kumpulan sasaran B40 di daerah Lipis.

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Dituduh tinggalkan ibu sendirian! Normala Samsudin sedih disindir! Itu semua pilihan ibu!

Normala Samsudin luahkan rasa sedih dan kecewa apabila segelintir netizen kecamnya kerana tinggalkan ibunya bersendirian di kampung kerana itu pilihan emaknya

Video| Shuib tolak lamaran DSV! Tak sesuai! Baru kenali seseorang diperkenal ibunya! Orang biasa!

Shuib kata dirinya tiada hati untuk berkahwin dengan DSV. Baru kenali seseorang yang diperkenal ibunya. Dia adalah orang biasa bukan artis atau ahli perniagaan
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 6 hours ago

Video| HQ baharu FAM! RM33 juta di Putrajaya! Realisasikan aspirasi Almarhum Sultan Ahmad Shah!

Ibu pejabat baharu FAM bernilai RM33j di Presint 5, Putrajaya bakal dinamakan Kompleks Sultan Ahmad Shah atas ilham Almarhum Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Baim Wong buka lagi restoran! Untuk beri makanan percuma! Restoran Silahkan Makan Gratis!

Pelakon sinetron, Baim Wong sediakan makanan secara percuma kepada pengemudi ojek online (ojol) dan anak-anak kecil, orang lanjut usia, orang yang cacat fizikal
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 1 day ago

Mudahkan urusan! MBSB Bank sumbang mesin kira duit kepada masjid di Perlis! Libatkan 104 masjid!

Sebagai salah satu usaha CSR, MBSB Bank cawangan Kangar tampil sampaikan sumbangan mesin kira duit kepada 104 masjid di Perlis secara berperingkat-peringkat
Nur Sabrina Samsudin in Gaya Hidup 1 day ago