Penyanyi popular dangdut dari Indonesia, Zaskia Gotik, 30, selamat melahirkan anak sulungnya dengan suami Sirajuddin Mahmud Sabang pada Sabtu, 7 November 2020. Bayi perempuan yang diberi nama Arsila Bungalia Sirkiani pada 10 November 2020 itu dilahir secara prematur tetapi sihat. : KitaReporters
Zakia Gotik membelai bayinya selepas menyusukannya.
Lagi kisah-kisah berkaitan kelahiran:
https://kitareporters.com/search?search=kelahiran
Berita gembira kelahiran tersebut dimuat dalam Instagram Zaskia Gotik, @zakiaa_gotik dan @zaskia_gotix. Ia memperlihatan gambar Zaskia memeluk bayinya selepas menyusukan anaknya serta Sirajuddin menqamat bayi berkenaan.
Zaskia dan Sirajuddin, usahawan dari Balik Papan, Kalimantan Timur, Kalimantan bernikah pada 22 April 2020. Zaskia mengumumkan kehamilannya pada Jun 2020.
Zaskia atau nama sebenarnya Surkianih yang lahir pada 27 April 1990 di Bekasi, Jawa Barat mula menyanyi sejak berusia 5 tahun dan menyanyi sebagai penyanyi pentas di kampung-kampung. Hidup sebagai artis mula cerah apabila diterima menjadi artis rakaman dalam genre dangdut.
Lagu pertama yang dirakam, ‘Cukup Satu Menit’ pada 1993 dan semakin popular dengan lagu ‘Tarik Selimut’.
Zaskia yang membahasa dirinya sebagai ‘Neng’ mendapat gelaran Gotik kerana memperkenalkan tarian goyang itik. Zaskia adalah antara penyanyi dangdut yang menerima bayaran tertinggi. - KitaReporters