SEMALAM, 26 Februari 2022 adalah ulang tahun ke-11 perkahwinan Shuib Sepahtu, 37, dan Siti Sarah Raissuddin jika penyanyi itu masih hidup. Namun bagi Shuib, Siti Sarah masih mekar dalam hatinya walaupun isterinya sudah menemui Illahi kira-kira enam bulan lalu.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad yang bukan sahaja selebriti, malah ahli perniagaan berjaya, mmeluahkan kapsyen berikut dalam Instagramnya.
“26 Feb 2011-26 Feb 2022... 11 Tahun... Happy Anniversary Ibu ❤️... Rindu ini takkan pernah habis, jumpa nanti Sayang... 🥰.”
Dengan kapsyen yang menyentuh jiwa, Shuib, 37, mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan serta meluahkan rasa rindu yang tidak ada penghujung.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shuib Sepahtu
Shuib menyambut ulang tahun perkahwinan ke-11 dengan Siti Sarah
Lagu nyanyian arwah, ‘Tinggalkan Diriku’ menjadi ‘muzik latar’ untuk entri tersebut.
Perasaan sedih turut dirasai sejumlah rakan artis antaranya, Siti Elizad, Elly Mazlein, Anzalna Nasir, Elvina Mohamad dan Datin Rebecca Nur Al Islam yang meninggalkan komen dalam IG-nya.
Siti Sarah sentiasa di hati Shuib
Sementara rata-rata warganet menyedekahkan surah al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham Siti Sarah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Selain itu, menerusi Instagram Story, Shuib ditemani anak-anak menziarahi pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pagi Sabtu, 26 Februari 2022 itu.
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal pada 9 Ogos 2021 ketika berusia 36 tahun selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan pada 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6; dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.
Shuib memberi layanan baik terhadap anak-anaknya
Sebagai duda berharta dan masih muda, Shuib menjadi impian sejumlah kaum wanita dan cuba dijodohkan oleh beberapa orang termasuk oleh ibunya.
Namun ingatan Shuib terhadap Siti Sarah masih kental dan hanya akan memilih pasangan hidup baharu yang direstui anak-anaknya.
Anak ketiganya Ariq Matin baru-baru ini meluahkan kata-katanya dalam IG sitisarahraissuddin yang tidak membenarkan Shuib berkahwin baharu kerana si wanita hanya memandang harta Shuib. - KitaReporters
Tags: