Gaya Hidup 07 Jul, 2022

Semangat Mat Kilau hantui murid! SK Taman Klang Utama bawa murid tonton filem! Hayati patriotisme!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


PENANGAN filem Mat Kilau bukan setakat mencipta fenomena luar biasa apabila pecah rekod kutipan filem tempatan tertinggi RM53 juta sejak mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 lalu, namun filem pengarah Syamsul Yusof itu turut menyebabkan persatuan silat tidak menang tangan menerima penuntut baharu.

Ibarat ‘ribut’ satu Malaya apabila ada persatuan silat terpaksa menambah gelanggang baharu bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang mendaftar anak untuk belajar silat selain jualan tanjak dilaporkan meningkat atas permintaan kelas silat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bersilat dan persilatan

Guru dan murid SKTKU bergaya dengan busana Melayu dan bertanjak ketika berada dalam panggung.


Namun Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama (SKTKU), Selangor mengambil peluang dalam kerancakan filem itu ditayang di panggung wayang dengan memperkasakan aspek kognitif dan pengamatan murid melalui pembelajaran tidak formal.

Guru Besar SKTKU, M Khalimi Dalhan, berkata sebagai latihan atau tujuan kajian serta memenuhi keperluan untuk kefahaman intelektual 80 murid dalam kalangan murid Tahun Lima dan Tahun Enam dengan ditemani lapan guru pengiring dari pasukan pentadbir dibawa menonton filem berkenaan di Setia City Mall, Setia Alam, Shah Alam, pada 5 Julai 2022 lalu.


M Khalimi (dua dari kanan) bersama guru pengiring berasa terharu dapat membawa murid mengikuti pembelajaran tidak formal dengan menonton filem Mat Kilau.


Menurutnya, langkah itu juga sebagai memberi peluang, penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dalam mengembangkan potensi diri, bakat, minat selain kebolehan mereka di samping mendedahkan murid dengan persekitaran serta menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Jelas beliau, pendedahan itu juga membantu dalam meningkatkan kemahiran berbahasa, komunikasi, pengamatan dan sosial iaitu mendengar, bertutur serta menganalisa melalui tayangan wayang selain menarik penyertaan murid dalam aktiviti seni juga merangsang minat mereka bertutur dan mendalami ilmu sejarah.

“Usaha ini amat bermanfaat kerana berhubung kait dengan silibus sejarah serta menyokong pembelajaran luar bilik darjah yang akan memberi keseronokan kepada murid dalam mengikuti pembelajaran di dalam kelas,” katanya ketika dihubungi.


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama (SKTKU), M Khalimi Dalhan (duduk tengah) bersama-sama sebahagian murid dan guru pengiring yang berbusana Melayu dan bertanjak merakamkan kenangan sebelum bertolak ke Setia City Mall, Setia Alam, Shah Alam, untuk menonton filem Mat Kilau pada 5 Julai 2022.


Bagi menghidupkan suasana serta menyemarakkan semangat, semua murid dan guru lelaki memakai busana Melayu dan bertanjak dengan diikuti guru pengiring wanita yang turut mengenakan pakaian wanita Melayu zaman dahulu ke panggung wayang berkenaan.

M Khalimi berkata, usaha itu turut mendapat kerjasama serta sokongan ibu bapa daripada yang turut menyumbang bagi pembelian tiket wayang, pengangkutan, makanan dan minuman untuk murid selain menerima sijil penyertaan.

Menurutnya, sebagai pentadbir dia bersama-sama warga pendidik SKTKU sentiasa memikirkan pelbagai usaha untuk dilakukan demi meningkatkan kecemerlangan serta pencapaian dan yang paling penting mendatangkan keseronokan kepada murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.


Murid dan guru SKTKU memberi tumpuan ketika menonton filem Mat Kilau.


“Usaha membawa murid  ini menonton filem Mat Kilau secara tidak langsung meningkatkan nilai patriotisme cintakan tanah air dan bangsa dalam diri murid yang wajar dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

“Sebagai pendidik kami berasa bertanggungjawab melahirkan generasi yang cintakan kedaulatan negara, menjadi pembela kepada agama dan bangsa dalam apa jua keadaan yang mendatang,” katanya. - KitaReporters


M Khalimi (kanan) sempat bergurau dengan seorang guru pengiring dengan menunjukkan aksi bersilat kepada murid sebelum berangkat ke panggung untuk menonton filem Mat Kilau.

45
16
1
15
0
You will be interested

Pesta Berakit raikan 3 hari penting! Hari Malaysia, Hari Sungai Sedunia, Hari Pelancongan Sedunia!

Sebanyak 44 pasukan berakit ambil bahagian dalam acara Pesta Berakit Kuala Krai 2022 yang berlangsung selama 2 hari pada 16-17 Sept 2022 di Dabong, Kuala Krai

Video| Semoga istiqamah! Aprena Manrose berniqab? Ikuti majlis ilmu! Peminat beri respons positif!

Aprena Manrose atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, nafikan sudah berniqab tetapi mohon orang ramai untuk doakan dia berubah dan istiqamah ke arah itu
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 3 hours ago

Video| Ada Getaran Cinta Di Jiwa Shila Amzah? Sharnaaz tonton live GV9! Bahan usikan Elly Mazlein!

Kehadiran Sharnaaz Ahmad antara beberapa selebriti yang hadir sebagai penonton pada minggu kedua pertandingan GV9 tarik perhatian ramai dan jadi bahan usikan
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 4 hours ago

Video| Allah lindungi anak aku! Rider tulis emergency contact pada beg! Bapa tersentuh, jadi sebak!

Seorang bapa berasa sebak lihat satu tulisan pada beg makanan GrabFood anaknya yang bekerja sebagai rider atau penghantar makanan turut jentik emosi orang ramai
Fitri Hazim in Gaya Hidup 6 hours ago

Video| Jangan jadi pak lahap sangat mak ayah! Buruk betul perangai! Ingat orang belakang jugak!

Tular video sejumlah pengunjung di sebuah ekspo jualan barangan bayi yang beli barangan dengan sangat banyak sehingga tidak beri peluang orang lain untuk beli
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago