Seni & Sukan 30 Apr, 2022

Video| Kelepok Raya vs Muah Muah Raya! Aliff Syukri lawan DSV! Siapa akan menang? Pening-pening!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Bagi menyaingi lagu ‘Kelepok Raya’ dendangan Aliff Syukri dan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid yang sedang trending sekarang, pesaing dalam perniagaan kosmetik, Datuk Seri Vida, (Hasmiza Othman), 50, muncul dengan lagu ‘Muah Muah Raya’

Seperti juga lagu ‘Kelepok Raya’ yang tidak punya makna khusus, begitulah juga kata-kata ‘Muah Muah Raya’. Kata ‘muah’ merupakan perkataan yang gemar diucapkan oleh DSV untuk menghulurkan kucupan mesra tanpa bersentuhan.


Lagi  cerita-cerita menarik berkaitan selebriti DSV



Lagu yang melodinya ciptaan bersama Amir Ukays dan DSV sendiri dan lirik sepenuhnya DSV adalah lagu santai dan sedap didengar ketika dalam perjalanan atau menonton dalam Youtube.

Bagi video muzik (MV) lagu ‘Muah Muah Raya’ , dua anak DSV iaitu Cik B dan Kacak turut berlakon.

Mula ditayangkan dalam YouTube pada Jumaat, 29 April 2022, sehingga jam 12 tengah hari Sabtu, 30 April 2022, ‘ Muah Muah Raya’ telah ditonton 108.6 ribu kali.

MV lagu ‘Muah Muah Raya’ dijangka mampu menyaingi lagu raya Aliff Syukri/Nur Shahida walaupun tidak akan dapat mengatasi jumlah tontonan MV lagu ‘Kelepok Raya' itu yang seminggu awal ditayang dan kini mempunyai lebih 1.7 juta tontonan dalam 10 hari sejak ditayang pada 21 April 2021 lalu.


Dalam MV ini, seperti biasa, DSV mengutamakan fesyen dan aksesori dalam kemunculannya. Dalam MV-nya itu, DSV memakai pakaian merah dan mahkota sensasi dan mekap ‘over’nya.

Walaupun dikritik oleh sesetengah pihak, lagu ‘Kelepok Raya’ sudah trending dan ia akan diikuti lagu ‘Muah Muah Raya’.

Sementara itu, MV lagu ‘Ku Ikhlaskan’ DSV yang mula  ditayang dalam YouTube pada 21 Mac 2022 kini telah ditonton lebih 3.4 juta kali sehingga Sabtu, 30 April 2022. - KitaReporters

15
14
0
18
0
You will be interested