/
TANPA sebarang pantang larang atau selindung-selindung, pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, memperlihatkan wajah anak ketiganya untuk tatapan ramai dan mengumumkan namanya melalui media sosial miliknya pada Rabu, 11 Mei 2022 setelah dua hari dilahir pada Isnin lalu.
Bayi perempuan diberi nama Salama Samheizy seberat 3.05 kilogram dilahirkan secara pembedahan oleh Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 31.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kelahiran bayi
"Assalamualaikum... Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam di sini.
"Jadilah yang terbaik wahai duniaku, aku akan menjadi sahabat terbaikmu," tulis Sam dalam Instagramnya.
Bayi perempuan ini dilahir kira-kira jam 11 pagi Isnin, 9 Mei 2022 lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Sebagai tanda kasih sayang, Shaheizy menemani Syatilla ketika menjalani pembedahan.
Ramai pengikut IG Shaheizy memuji wajah comel Salama dan sudah pandai senyum.
Bagi peminat Shaheizy, lakonan terbaharu dapat disaksi dalam filem ‘Polis Evo 3’ yang bakal ditayang tidak lama lagi. Dia juga bakal berlakon dalam dua lagi filem aksi iaitu ‘Bakara’ dan ‘Dawn Raid’. - KitaReporters