Seni & Sukan 25 Apr, 2022

Video| Ini barulah betul lagu raya! Lip Lap Raya daripada Siti Nurhaliza! Ada yang kena berguru?

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto: IG Siti Nurhaliza


Penyanyi nombor 1 negara, Dato Seri Siti Nurhaliza telah keluarkan single terbaru iaitu Lip Lap Raya bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya tahun ini.

Ini baru betul-betul lagu raya dan 'feeling' untuk sambutan hari raya itu semakin terasa kerana muzik dan suara penyanyi memang terbaik.

Nama pun penyanyi nombor satu Malaysia apatah lagi penyanyi itu Siti Nurhaliza sendiri sememangnya kita tahu memang akan best lagu ini biarpun ia belum dikeluarkan ketika itu. 

Dan ternyata betul, memang best dan tidak pernah mengecewakan para pendengar. Senang kata, apa-apa lagu daripada Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin memang terbaik. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi No.1 Siti Nurhaliza



Baru saja dilancarkan tiga hari lalu, jumlah tontonan di YouTube Siti Nurhaliza hampir mencecah setengah juta tontonan.

Ternyata aura beliau dalam industri nyanyian masih kuat dan sukar untuk ditandingi.

Harap penyanyi lagu raya seorang lagi itu boleh berguru dengan Dato Seri Siti Nurhaliza dan mana tahu tahun hadapan, akan perubahan dari segi vokal dalam nyanyian. 

Melihat komen peminat beliau, ramai memuji lagu raya ini dan sudah tentu pujian kepada penyanyi ini.

17
13
0
10
0
You will be interested