Seni & Sukan 09 Aug, 2020

Tok Ti, Tok K sambut ulang tahun! Berbasikal ke Fraser Hill!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
DATUK Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41, dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-14 pada Jumaat, 21 Ogos 2020 ini. Biasanya Tok Ti menerima sejumlah barangan istimewa daripada suami ketika menyambut ulang tahun perkahwinan. Namun, tahun ini, berbeza sedikit!! : KitaReporters 

Tok Ti dan Tok K sering berbasikal bersama walaupun waktu malam. - Kredit foto; IG CTDK


Pasangan suami isteri ini minat berbasikal sejak pandemik Covid-19 melanda.


Lagi cerita-cerita mengenai Siti Nurhaliza:

https://kitareporters.com/search?search=nurhaliza


Bagi sambutan ulang tahun perkahwinan ke-14 ini, kedua-duanya sepakat melakukan kelainan untuk memperlihatkan kemesraan abadi  mereka.

Sambutan  ulang tahun perkahwinan ke-14 ini akan disambut dengan berbasikal di Bukit Fraser, Pahang. Tok Ti dan Tok K berserta 30 anggota Kelab CTDK akan berbasikal ke bukit peranginan itu.

Acara berbasikal di Bukit Fraser ini akan diadakan lebih awal iaitu pada Ahad, 9 0gos 2020 ini.  


Pasangan suami isteri ini mempunyai minat berbasikal sejak pandemik Covid-19 bermula sejak hampIr enam bulan lalu. 

Kedua-duanya bersama anggota Kelab CTDK sering mengadakan kayuhan di pelbagai tempat terutama sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan, termasuk pada waktu malam.

Tok Ti dan Tok K berkahwin pada 21 Ogos 2006 dan hanya dikurnia cahaya mata setelah 11 tahun berkahwin. Siti Aafiyah kini berusia 2 tahun. Tok Ti turut mempunyai empat anak tiri. - KitaReporters

Tok Ti dan Tok K turut berbasikal hingga ke Negeri Sembilan.


Tok Ti dan Tok K bersama anggota Kelab CTDK sering berkayuh bersama.


3
0
0
0
0
You will be interested