Seni & Sukan 02 May, 2021

Video| Terbaiklah Suria FM! Iklan raya seram Warung Konah terlalu pendek! Penonton nak part 2!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this



KALI ini stesen radio nombor satu, Suria FM tampil dengan sebuah video pendek iklan raya berkisahkan Kampung Kalut yang dikatakan berhantu.

Fuhhh, memang lain daripada yang lain la iklan raya Suria FM kali ini. Bagi yang belum menonton anda wajib tonton sekarang. 'Confirm' puas hati. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan stesen radio


Dah macam movie pendek pula. Tak puas menonton. 10 minit tu rasa sekejap sangat. 

Disebabkan itulah, penonton siap mintak Suria FM buat sambungan kerana ingin melihat apa kesudahan yang terjadi terutama pada Kak Muna



Video raya kali ini yang bertajuk Warung Konah menampilkan barisan pelakon hampir kesemua penyampai radio Suria FM.

Bagi anda yang belum menonton, penulis akan ceritakan sedikit review (ulasan) iklan raya ini.

Kenapa kena review sedikit saja iklan raya ini? Sebab anda wajib tonton kerana bagi penulis iklan raya ini antara terbaik setakat ini.



Ok kisah dia begini, orang kampung sering bercerita mengenai Bidin lakonan Issey yang dikatakan agak menyeramkan setiap kali berjumpa.

Dalam rancak bercerita mereka lupa apa yang sebenarnya telah berlaku.

Dalam bergosip di Warung Kak Muna, ada juga diselitkan unsur nasihat iaitu kehadiran orang ramai ke surau atau masjid. 

Tahniah SuriaTV, part itu memang terbaik. 



Nak tahu apa yang terjadi? Anda kena tonton video pendek iklan raya ini dalam saluran rasmi youtube SuriaTv.


Kredit video:  YouTube SuriaTV


Ini pula sedikit komen dari penonton. Memang terbaik la malah penonton siap nak sambungan lagi. Rugi kalau anda belum tonton.






Persoalan dia, sebenarnya siapa yang seram dalam cerita ini? Siapa yang wujud dan apa yang sudah terjadi pada Kampung Kalut?  - KitaReporters

2
1
0
1
0
You will be interested