Seni & Sukan 04 May, 2020

Wow! Hanis Zalikha 'tewaskan' Hairul! Aksi kombat di rumah!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

KEBANYAKAN pelakon filem mahupun drama ketika ini terpaksa habiskan masa di rumah dengan pelbagai aktiviti kerana kerajaan tidak benarkan sebarang pergambaran termasuk filem-filem aksi dijalankan ketika tempoh PKP ini. Orang kalau dah aktif, memang susah untuk duduk diam dan pasti ia akan cari jalan untuk lakukan sesuatu aktiviti. : KitaReporters



Bagi pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mereka mengadakan latihan aksi 'manja' di rumah mereka.

''Bila wife kena paksa training stunt, boleh tahan hebat,'' tulis Hairul pada posting Instagramnya itu.

Mungkin Hairul bosan dan ia perlu kekalkan momentum serta stamina kerana ketika ini mereka dalam persediaan untuk mengadakan pergambaran satu lagi filem aksi ketenteraan berkisahkan cerita benar.

Nak adakan latihan, partner tidak ada, maka si isteri lah yang menjadi 'mangsa'. 

@hairulazreen : Kami saja pakai baju lengan pendek dalam filem @wira_2019 sebab nak bagi tahu yang kami tak pakai padding & action kami buat sendiri..

Ermmm actually tuan director @adrianteh19 cabar saya haha u stuntmankan? Sure u tahu jaga safety & mesti u fight pakai lengang panjang , takut sakit, noob , u lembek & manja !!! So sy terus buang jaket terus

JOM SHOOTING haha 🤣

rindu shoot WIRA


Biarpun video tersebut hanya berdurasi 11 saat, isteri Hairul dilihat lebih pantas mematahkan serangan beliau. Senang kata, Hairul terpaksa mengaku kalah!!!! 

Bukan Hairun tidak hebat, tetapi beliau harus memikirkan apa akibatnya kalau orang lelaki menang!!!! 

Hairul memang terkenal dengan dalam lakonan filem genre aksi sehingga beberapa filem lakonannya berjaya memukau peminat yang  menonton dan dalam video ini dilihat Hanis juga mempunyai bakat. 

Video tersebut telah ditonton lebih 1.6 juta kali dalam Instagram milik Hairul.

Aksi 'manja' suami isteri ini juga mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis mereka.


Tidak kurang juga bagi peminat mereka yang melontarkan pelbagai komen mengenai aksi itu.





Kepada netizen, anda disarankan untuk mencuba aktiviti ini bersama pasangan kerana ia mampu tingkatkan kasih sayang. 

Tapi ingat, pastikan kaum adam sentiasa 'buat-buat' kalah jika tidak mahu berbuka puasa tanpa ada juadah di meja makan. - KitaReporters

0
2
0
0
0
You will be interested