Seni & Sukan 18 Jul, 2020

Terbaiklah 4 anak muda! Mural pasca-Covid-19 bawah jambatan!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

PELBAGAI cara boleh dilakukan sebagai usaha untuk kita mengingati kisah kemunculan pandemik COVID-19 waima ia hanya sebuah lukisan dinding di bawah jambatan. Penularan wabak itu pasti menjadi sejarah yang sukar untuk dilupakan dan tidak salah jika kita pahatkan ia sebagai kenangan masa depan. : KitaReporters

Kredit foto: Bernama


Jika suatu ketika dahulu, timbul persepsi mengenai lukisan besar yang menggunakan cat atau semburan pada dinding bangunan atau kawasan tertentu adalah perbuatan tidak patut dilakukan kerana ia seperti mencalarkan imej sesebuah lokasi.

Namun, hari ini lukisan itu yang dikenali sebagai mural tidak lagi dilihat sebagai aktiviti ‘tidak bermoral’ memandangkan ia menjadi gaya terkini untuk menarik perhatian orang ramai melihat pada sudut positif. 

Menyegarkan suasana bukan. Layankan aje

Biarpun dilukis pada dinding di bawah jambatan konkrit, ia tetap cantik dan menarik minat pemandu kenderaan untuk menoleh seketika ketika melalui jalan raya di situ.

Itu gambaran diberikan oleh sekumpulan artis jalanan yang terbabit dalam melaksanakan kerja melukis mural pada dinding di sebuah jambatan konkrit di Kuantan, Pahang.

Ahmad Fadzril Abdul Ruzsnan, 26, berkata idea untuk menindan 'lukisan' asal itu timbul kerana 'geram' melihat contengan buruk di dinding jambatan itu setiap kali melalui jalan raya di situ malah dibimbangi boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap bidang seni

Lukisan boleh dipelbagaikan di mana sahaja yang bersesuaian.

Tidak mahu melihat jambatan itu dinoda dengan pelbagai lukisan tidak senonoh, Ahmad Fadzril bersama tiga rakannya yang aktif dalam aktiviti seni jalanan untuk sama-sama menyertai 'projek' itu, malah bersetuju mengeluarkan belanja sendiri.

 Jom melukis!

Pelukis jalanan Pahang menghasilkan lukisan pasukan hadapan dan wabak Covid-19 di bawah jambatan Tanjung Lumpur. Kredit foto: Bernama


"Rancangan untuk melukis pada dinding di bawah jambatan itu dibuat sejak pertengahan Mac lalu, namun terpaksa ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum kami dapat berkumpul pada 13 Jun lalu. 

"Kami memilih tema COVID-19 kerana ia adalah isu semasa dan bakal menjadi sejarah negara dalam bidang perubatan. 

"Mural ini juga adalah tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan semua masyarakat yang memainkan peranan membendung penularan wabak ini," katanya.

Ahmad Fadzdil yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata mereka terlebih dahulu menyapu cat hitam untuk memadam 'lukisan asal' selain dijadikan sebagai latar belakang lukisan baharu yang menggunakan pelbagai warna terang.

Mereka mengabadikan gambar petugas kesihatan menggunakan alat pengimbas suhu bersama tulisan stay safe (kekal selamat) yang dihasilkan dengan menggunakan cat biasa dan cat sembur.

"Kami mengambil masa hampir lima jam untuk menyiapkan mural yang kini 'merentangi' hampir keseluruhan dinding konkrit jambatan itu," katanya. 

Satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Tahniah! Anda semua hebat.

Secara keseluruhan, mereka menggunakan lebih 50 tin cat sembur dalam penghasilan seni jalanan itu.

Kredit foto: Hazahar Muda


Sementara itu, rakannya Muhammad Ikmal Abdul Manan, 25, dari Ketapang Tengah, Pekan mengakui teruja dan bangga apabila kenderaan yang melalui jalan itu membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada mereka apabila melihat mesej yang hendak disampaikan.

Barisan pelukis jalanan yang menyiapkan mural pada dinding di konkrit jambatan Tanjung Lumpur. - Kredit foto: Hazahar Muda (tengah)


"Ada yang turut membelikan air dan makanan kepada kami. Sejujurnya saya tidak pernah jangka akan mendapat sokongan seperti itu. 

"Pada peringkat awalnya, ada juga sedikit rasa bimbang jika ditahan oleh pihak berkuasa kerana dianggap merosakkan harta awam, tetapi kejadian sebaliknya pula berlaku kerana kami diminta untuk menghasilkan lebih banyak seni jalanan di sekitar daerah ini sebagai persediaan ke arah Kuantan dinaik taraf menjadi bandar raya," katanya.

Beliau yang sinonim dengan penghasilan grafiti berbentuk tulisan mempamerkan mesej together we fight (bersama kita menentang) sebagai peringatan kepada orang awam untuk sama-sama memainkan peranan membantu petugas barisan hadapan.

Seorang pemilik akaun Facebook dengan nama Hj Rbo Othman meminta orang ramai supaya tidak menconteng semula lukisan yang dibuat.

Tulisnya, "Lukisan Mural...tarik perhatianku. Harap jangan ada tangan2 monyet mencacatkan lukisan yang indah ini."

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2378606432439667&id=100008710006881


"Saya harap orang ramai tidak lagi melihat seni jalanan sebagai perbuatan vandalisme kerana ia adalah perkara yang amat berbeza. 

"Seni jalanan juga sebahagian daripada karya seni yang mempunyai nilai dan mesej tersendiri selain dekat dengan golongan muda," katanya.

Tahniah semua!!! 

Cantik hasil seni dan kreativiti anda dalam mengindahkan bandar Kuantan dan melambangkan kelestarian Bandar Kuantan. - KitaReporters 

Kredit foto: Bernama

5
0
1
0
0
You will be interested