Gaya Hidup 31 Aug, 2020

Hias Jalur Gemilang pada kereta! Penoreh getah terima sijil!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

BIARPUN sekeping sijil tetapi itulah kemampuan yang dapat dilakukan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Terengganu  untuk menghargai seorang penoreh getah, Wan Mustaffa Wan Hasan, 55, yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk menghiaskan bendera pada kereta miliknya sempena menyambut Hari Kebangsaan Ke-63 tahun 2020 ini. : KitaReporters

Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu, Zahari Mat  menyampaikan sijil kepada Wan Mustaffa


Lagi cerita-cerita berkaitan Hari Kemerdekaan:

https://kitareporters.com/search?search=hari+kemerdekaan


Cerita awal :  Semangat patriotik seorang penoreh getah! Kita macam mana?!


Wan Mustaffa dari Kampung Gerai, dekat Jertih, yang yang dianggap penduduk daerah Besut sebagai seorang yang bersemangat patriotik kerana setiap tahun dia membelanjakan wang hasil daripada menoreh getah untuk memasang Jalur Gemilang pada sebuah kereta Iswara miliknya berusia 19  tahun.

Berbekalkan semangat dan rasa cinta terhadap negara Wan Mustaffa tidak lokek untuk membelanjakan wang hasil menoreh demi membeli ratusan Jalur Gemilang untuk dijadikan hiasan pada kereta tersebut.

Kisah hidup Wan Mustaffa yang sudah tujuh tahun melakukan aktiviti seumpama itu apabila tiba bulan Kemerdekaan menarik perhatian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terbabit untuk memberi penghargaan terhadap usaha yang dilakukan beliau.

Wan Mustaffa bersama sijil penghargaan diraikan oleh Ahli Jawatankuasa KRT Bandar Jertih sempena Program Semarak Merdeka


Ini kerana sebelum ini tidak ada pihak yang tampil memberi penghargaan kepada penoreh tersebut sebagai usaha memberi galakkan di atas semangat patriotik yang ditunjukkan oleh beliau.

Setiausaha KRT Bandar Jertih, Muhamad Hanif Mustafa berkata, pihak terpanggil untuk memberi sijil penghargaan sebagai pembakar semangat kepada penoreh tersebut.

Setiausaha KRT Bandar Jertih, Muhamad Hanif Mustafa 


Katanya, ini kerana sebelum ini tidak ada mana-mana pihak atau agensi yang sedia memberi sebarang penghargaan kepada Wan Mustaffa. Oleh itu, katanya, KRT tersebut mengambil inisiatif untuk menghargai peranan beliau sebagai rakyat Malaysia yang begitu bersemangat untuk menyambut Hari Kebangsaan dengan kreativiti yang ada pada beliau.

Satu majlis penyampaian sijil tersebut diadakan sempena Program Semarak Merdeka  yang berlangsung di Puat Aktiviti Rukun Tetangga Bandar Jertih, pada hari ini, 30 Ogos 2020.

Wan Mustaffa menghias kereta dengan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-63


Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu, Zahari Mat menyampaikan sijil kepada Wan Mustaffa.

Muhamad Hanif berkata, sempena program itu pihaknya turut mengadakan kempen kibar Jalur Gemilang, pengagihan pek barangan dapur kepada pejuang kemerdekaan, memasak bubur asyura.saringan kesihatan bersama KOSPEN.

Wan Mustaffa mengucapkan terima kasih kepada KRT Bandar Jertih kerana menghargai beliau selepas kisahnya tersiar dalam portal Kitareporters pada 20 Ogos 2020. - KitaReporters

You will be interested

Berita Terkini| Ops Bersepadu di Pulau Perhentian! Imigresen redah laluan hutan 2km berkas PATI

Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) - 9 Bangladesh, 2 Pakistan, 1 Nepal - ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu di Pulau Perhentian Besut

News Editor 2 in Gaya Hidup 22 hours ago

Berita Terkini| Pesara guru ditahan polis bersama isteri, anak! Pistol, peluru hidup ditemukan!

Seorang pesara guru ditahan polis bersama isteri dan seorang anak lelakinya susulan penemuan sepucuk pistol di belakang rumah mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas
News Editor 2 in Gaya Hidup 17 hours ago

Berita Terkini| Sebutan semula kes Neelofa, suami ditangguh 15 Julai! Ekoran lanjutan PKP 3.0!

Sebutan semula kes pendakwaan ke atas Neelofa, suaminya PU Riz atas tuduhan gagal patuhi SOP PKPB di sebuah kedai karpet di Nilai ditangguhkan kerana PKP 3.0
News Editor 2 in Gaya Hidup 18 hours ago