Seni & Sukan 23 Jan, 2020

KALAU DAH AJAL... MENINGGAL SELEPAS JOGING

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
KALAU dah ajal tiada siapa dapat menduga. Namun pemergian komposer dan pemuzik, Faizal Uzir, 46, disifatkan sebagai satu kehilangan besar memandangkan Allahyarham merupakan antara seorang pemuzik tempatan generasi baru yang cukup berbakat. : KitaReporters.com

Lok-U (kiri) dan bersama anak-anak. Foto: Dari instagram @faizaluzir

Faizal atau lebih dikenali sebagai Lok-U meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi sebaik tiba di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor selepas melakukan riadah berjoging. 

Allahyarham meninggalkan isteri, Jamiah Yusuf dan  empat anak, Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Lok-U dikatakan mengalami sesak nafas sebaik pulang dari berjoging dan rebah di rumahnya. Isterinya menghubungi ambulans, namun disahkan meninggal kira-kira jam 11 pagi.

Jenazahnya kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.  



Lok-U dilihat sebagai antara pemuzik tempatan generasi baru yang cukup berbakat.

Graduan Fakulti Muzik Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) ini bukan sahaja mampu bermain beberapa alat muzik, bahkan menjadi anggota pemuzik pengiring sejumlah artis terkenal negara seperti Datuk Siti Nurhaliza, Aishah, Dayang Nur Faizah dan Faizal Tahir. 

Dia juga menjadi komposer.


Namun khidmatnya lebih ketara sebagai pengarah muzik dan juri sejumlah pertandingan. Khidmatnya banyak diguna oleh stesen TV3.

Antara rancangan yang beliau terbabit ialah program Mentor TV3 dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2019) sebagai pengarah muzik.

Difahamkan tugas terakhir beliau ialah menjadi salah seorang juri bagi peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-34 pada November lalu. 


Nama Lok-U (asalnya Loke Yew) jadi nama panggilannya kerana parasnya ada mirip lelaki Cina.

Dan orang ramai lebih mengenalinya sebagai Lok-U berbanding nama sebenarnya.

Instagramnya @faizaluzir telah mengumpul lebih 1,000 pengikut.

Menurut adik Lok-U, Fairul Uzir, jenazahnya telah disembahyang di Surau Al-Falah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya selepas solat asar pada Rabu, 22 Januari 2020. - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested