Gaya Hidup 10 May, 2021

Berita Terkini| Mahu pinjam RM10k tapi rugi RM122k! Lelaki terpedaya iklan pinjaman tak wujud!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


Seorang lelaki di Johor berputih mata kerana kerugian RM122,000 selepas tertipu dengan tawaran iklan pinjaman wang dalam talian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial menerima laporan lelaki itu yang menjadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud melalui laman sesawang.

Terdahulu, lelaki berusia 33 tahun itu mahu membuat pinjaman sebanyak RM10,000 selepas memohon melalui sebuah laman sesawang iklan pinjaman wang.

Namun sayangnya belum dapat lulus pinjaman sebanyak RM10,000 dia pula kerugian RM122,000 menerusi 42 transaksi pembayaran.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada pukul 3.37 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  (JBS) setelah menyedari tertipu.

Katanya, mangsa telah melayari sebuah laman sesawang iklan pinjaman wang dan berminat untuk membuat pinjaman sebanyak RM10,000 untuk kegunaan urusan perniagaan.

Tambahnya, mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman tersebut dan telah menyerahkan dokumen peribadi kepada suspek selepas mangsa berhubung dengannya melalui aplikasi WhatsApp.

“Dalam hal ini, mangsa telah membuat pembayaran secara berperingkat iaitu 42 transaksi yang berjumlah RM122,044,14 ke dalam 10 akaun bank tempatan yang berlainan untuk meluluskan proses pinjaman.

“Mangsa mula menyedari telah tertipu setelah suspek mendesak mangsa membuat pembayaran tambahan sedangkan pinjaman belum diperoleh,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru pada Isnin, 10 Mei 2021.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, boleh dikenakan sebatan dan denda.

“Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam urusan untuk membuat pinjaman wang melalui laman sesawang.

“Jangan mudah percaya untuk membuat pinjaman wang dengan individu yang tidak mempunyai lesen syarikat pinjaman wang yang sah. Beringat sebelum terkena dan elakkan diri dari menjadi mangsa penipuan,” katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
1
2
0
0
You will be interested

Video| Perhimpunan motosikal RXZ terbesar? 30,000 peminat di Stadium Gong Badak! PM pun hadir sama!

Lebih 30,000 peminat motosikal RXZ dari seluruh negara termasuk PM Ismail Sabri Yaakob hadir pada program RXZ Members 4.0 yang disifatkan perhimpunan terbesar

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Bukan main anak aku! Salam boyfriend dulu sebelum masuk kereta! 10 minit tunggu drama! - Ibu

Perkongsian rakaman seorang ibu yang tunjukkan gelagat anak perempuannya bersalaman dengan boyfriendnya sebelum balik dari sekolah meraih perhatian orang ramai
Fitri Hazim in Gaya Hidup 5 hours ago

Video| Fafau angaukan Anuar Zain? Ada pertemuan sweet! Peminat, rakan doakan mereka bertemu jodoh!

Fara Fauzana muat naik video 'sweet' bersama Anuar Zain dalam laman Instagramnya. Fafau berkongsi suasana manis bertemu dengan Anuar selepas konsert berlangsung
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 5 hours ago

Kelab SAHOCA Bikers Legend! Bekas murid dan guru bergabung! Bersatu buat kerja-kerja kebajikan!

Aktiviti bermotosikal jadi aktiviti SAHOCA Bikers Legend paling aktif sebab lebih menarik serta beri peluang kepada ahli-ahli untuk berkhidmat kepada masyarakat
Normala Hamzah in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Kayuhan Merdeka 2 pengayuh! Singgah di Terengganu! Sebelum berakhir di Perlis! 31 Ogos 2022!

Di Pantai Kemasik, Kemaman, kedua-dua pengayuh Kayuhan Merdeka edarkan Jalur Gemilang kepada 30 pelajar Tadika, 11 pelajar Taska KEMAS dari Medan Jaya, Marang
Che Saad Noordin in Gaya Hidup 8 hours ago