Seni & Sukan 30 Mar, 2020

LEPAS SANITIZER, TOPENG MUKA PULA KENA CURI

@rashid rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this

DALAM tempoh sukar menangani wabak COVID-19 seharusnya semua rakyat Malaysia tidak mementingkan diri sendiri dan bekerjasama memberikan sokongan khususnya kepada petugas barisan hadapan (frontliners) termasuklah doktor dan jururawat di hospital yang bertungkus lumus tanpa mengira penat serta berhadapan risiko. : KitaReporters

Topeng muka yang berjaya dirampas selepas dicuri seorang lelaki di Hospital Lipis, Pahang.


Jika sebelum ini sanitizer (cecair pembersih kuman) yang diikat di hospital hilang dikebas oleh individu tidak bertanggunjawab, kali ini topeng muka yang disimpan di stor hospital turut dicuri.

Malah bukan sikit tetapi sebanyak 30 kotak besar topeng muka bernilai RM3,000 yang disimpan di dalam stor Hospital Daerah Lipis dicuri seorang lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor 


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, berdasarkan siasatan awal suspek berusia 26 tahun masuk ke dalam stor hospital berkenaan melalui wad hospital kira-kira pukul 12.58 tengah hari pada Jumaat, 27 Mac 2020.

"Suspek yang berpakaian kerja sebuah syarikat berdaftar dnegan KKM kemudian didapati keluar dari stor barang pada pukul 1 petang dengan membawa bersama satu plastik sampah besar berwarna hitam dipercayai mengandungi 30 kotak topeng muka milik hospital.

"Suspek yang tiada keperluan masuk ke wad berkenaan kerana bekerja bahagian pembersihan kemudian ditahan pada hari yang sama di bandar Lipis dan semua barang telah dirampas," katanya di Kuala Lipis pada Isnin, 30 Mac 2020.

Menurut Azli, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman sehingga Selasa, 31 Mac 2020.

Topeng muka yang berjaya dirampas selepas dicuri seorang lelaki di Hospital Lipis, Pahang 


Dalam pada itu, beliau memberitahu berdasarkan siasatan, kejadian disedari jururawat hospital berkenaan yang masuk ke stor bagi mengambil peralatan seperti sarung tangan untuk bekerja.

Katanya, jururawat berkenaan yang terkejut dengan kehilangan topeng muka itu kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup sebelum mendapati suspek memasuki stor berkenaan yang yang boleh dimasuki staf wad itu sahaja.    

"Pada pukul 11.30 pagi semasa pengadu masuk ke stor berkenaan terdapat 35 kotak topeng muka dan apabila pengadu masuk semula pada pukul 4 petang hanya tinggal 5 kotak sahaja, manakala 30 kotak telah hilang," katanya 

Topeng muka yang berjaya dirampas selepas dicuri seorang lelaki di Hospital Lipis, Pahang 


Sementara itu, beliau meminta orang ramai tidak melakukan aktiviti jenayah dan mematuhi peratutan ditetapkan pihak berkuasa khususnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta memberi kerjasama dalam menangani wabak COVID-19.

"Saya meminta semua masyarakat Lipis agar berada dalam rumah dan mematuhi PKP, yang mana pematuhan PKP bagi daerah Lipis pada masa ini ialah pada kadar 97 peratus," ujarnya. - KitaReporters

  

0
0
2
1
2
You will be interested