Gaya Hidup 20 Jan, 2021

Sultan Terengganu perkenan! Solat Jumaat 40 orang! Solat fardu 12 orang! Semasa tempoh PKP 2.0

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Alhamdulillah!! Umat Islam di Terengganu bersyukur kerana diberi kebenaran menunaikan solat Jumaat dan fardu berjemaah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang turut dilaksanakan di negeri itu bermula 22 Januari 2021. : KitaReporters


Solat Jumaat dan berjemaah di masjid dan surau seluruh Terengganu dibenarkan dalam tempoh PKP. - Gambar hiasan


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan solat:

https://kitareporters.com/search?search=solat


Keadaan ini berbeza ketika PKP pertama pada 18 Mac 2020 bila mana aktiviti solat Jumaat serta berjemaah di masjid dan surau tidak dibenarkan. 

Ini kerana Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah diadakan di semua masjid serta surau sepanjang tempoh PKP bermula Jumaat, 22 Januari 2021 ini.

Bagaimanapun, kebenaran pelaksanaan solat Jumaat di masjid dibenar didirikan dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja.


Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih, Besut, Terengganu. - Gambar hiasan


Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran itu membabitkan dalam kalangan  anak mukim dan tidak termasuk imam, bilal, ahli jawatankuasa masjid dan mana-mana orang yang diberi kebenaran oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.


OSMAN MUDA


"Aktiviti solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau pula dibenarkan kepada imam, bilal dan Ahli Jawatankuasa Masjid sahaja dengan bilangan tidak melebihi 12 orang,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu 20 Januari 2021.


Kenyataan Media


Osman berkata, sebarang aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan lain termasuk kuliah maghrib, kuliah subuh dan kuliah dhuha adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP.



Beliau berkata, Jawatankuasa masjid dan surau diarahkan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dari semasa ke semasa supaya perlaksanaan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah dapat berjalan dengan baik.



“Jawatankuasa masjid atau surau yang gagal mematuhi SOP berkaitan dan arahan yang ditetapkan, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu boleh mengambil tindakan dengan menutup masjid atau surau berkenaan,” katanya.



Osman berkata, semua Pegawai Agama Daerah diarahkan untuk membuat pemantauan secara serius bagi memastikan semua masjid dan surau mematuhi SOP dan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada orahan pihak berkuasa yang akan dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya. - KitaReporters

1
2
0
1
0
You will be interested

Video| Stacy dedahkan kisah sebenar dirinya demi Duit! Segala-galanya duit! Stacy mata duitan?

Single terbaharu, Duit adalah buah tangan terbaharu Stacy Anam. Bongkar siapa sebenarnya dirinya dan sekali gus ingin buktikan kemampuan yang ada pada dirinya

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Betul ke Pak Nil nak kahwin? Hanya mahu fokus kerjaya, anak-anak! Soal kahwin bukan keutamaan!

Tak mahu jadikan soal jodoh sebagai keutamaan. Lebih utama adalah teruskan kehidupan dengan letakkan kerja seni dan tanggungjawab kepada masyarakat - Pak Nil
Fariza Saidin in Gaya Hidup 5 hours ago

Hukuman berzina! Wanita ngaku bersalah disebat 100X! Lelaki pula tak ngaku bersalah! Disebat 15X!

Wanita sudah bersuami disebat 100 kali selepas mengaku bersalah berzina dengan lelaki lain. Pasangannya hanya dikenakan 15 sebatan setelah tidak mengaku salah
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 6 hours ago

Macam mana tu? 10 individu bilionair berjaya gandakan kekayaan! Pada saat dunia dilanda COVID-19!

10 orang bilionair dunia mampu gandakan kekayaan pada saat orang lain berjuang teruskan kehidupan ke arah lebih sempurna ketika dunia bergolak kerana COVID-19
Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Sedihnya lihat gadis ini bertemu ayahnya! 2 tahun tak pulang! Kerana kerja di Singapura!

Bagi cari rezeki ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak. Ada banyak ibu bapa terpaksa berkorban untuk tidak pulang kerana cari rezeki di Singapura
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 23 hours ago