Seni & Sukan 22 Jun, 2021

Konsert hiburan maya pertama tampilkan 13 artis dari 4 negara Asia Tenggara! Serentak pada 24 Jun

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


DALAM tempoh satu dunia dilanda penularan wabak COVID-19, pelbagai acara terpaksa ditangguhkan mahu pun dibatalkan sahaja khususnya yang melibatkan dunia hiburan seperti konsert jelajah dan seumpamanya.

Baik dalam negara mahu pun luar negara, industri seni dan hiburan antara yang terjejas teruk. Tiada kesempatan lagi untuk menatap artis kesayangan masing-masing di pentas terbuka apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali menonton mereka di kaca tv. 

Tentu ramai yang merindui saat bernyanyi sama-sama pada sebuah konsert terbuka berskala besar kan? 

Menyedari hakikat itu, jenama fesyen global terkenal yang ditubuhkan di New York pada tahun 1941 dengan kerjasama Def Jam SEA beralih kepada norma baharu dengan menganjurkan buat julung kalinya sebuah konsert maya yang akan berlangsung secara serentak di empat buah negara rantau Asia Tenggara meliputi Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konsert


Bakal berlangsung pada hari Khamis, 24 Jun 2021 jam 9:00 malam (GMT+8 Malaysia & Singapura) dan pada jam 8:00 malam (GMT+7 Thailand & Indonesia), konsert maya Coach X Def Jam SEA dianjurkan dengan tujuan untuk merapatkan masyarakat dengan pendekatan moden namun berunsur nostalgia terhadap muzik yang diinspirasikan daripada era 80-an.

Sehubungan itu, sealiran dengan komitmennya dalam memperkenalkan artis baharu dan pada masa akan datang, konsert maya berkenaan bakal menampilkan tiga belas artis dari serata empat negara Asia Tenggara terbabit.

Barisan artis yang telah dikenal pasti bakal menghangatkan konsert maya terdiri daripada penyanyi rap terkenal Malaysia, Joe Flizzow; artis hip-hop Inggeris-Tamil, Yung Raja; penyanyi rap Amerika-Thai, Daboyway; dan penyanyi rap dari Indonesia, Rayi Putra.




Turut terlibat penulis serta penyanyi rap yang pernah merangkul pelbagai anugerah seperti SonaOne yang merupakan penerbit dan penulis, penyanyi rap sedang meningkat naik, Yonnyboii, dan penyanyi rap wanita, Sya.

Selain menghiburkan penonton dengan lagu-lagu popular masing-masing, kesemua artis berkenaan juga dijangka memperagakan koleksi Musim Luruh 2021 Coach ketika konsert berlangsung,

Diilhamkan oleh Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers dengan visi 'free-spirited Coach’, koleksi Musim Luruh menggabungkan hasil seni berzaman jenama tersebut dengan pakaian sukan Amerika, memperkenalkan gabungan klasik-moden dengan pakaian sukan ala vintaj yang sangat menarik.




Dan khas buat pelanggan setia Coach yang telah membuat sebarang pembelian produk sejak 9 sehingga 17 Jun lalu, mereka berhak menerima pautan dan kata laluan ke pengalaman konsert maya Coach x Def Jam SEA.

Malah, bagi yang belum berkesempatan membuat pembelian, mereka  boleh tempah dari rumah dengan perkhidmatan "Coach on Delivery", dengan menghubungi pegawai jualan di butik berdekatan melalui WhatsApp setelah mengenal pasti lokasinya melalui laman web  https://malaysia.coach.com/features/coachondelivery

Maklumat lanjut  juga boleh  diperoleh melalui laman rasminya di  https://www.coachxdefjamsea.com. - KitaReporters


Antara koleksi musim luruh 2021 Coach diilhamkan oleh Vevers. - Kredit foto: ANTARA/Coach.

0
0
0
0
0
You will be interested