Seni & Sukan 21 Jun, 2021

Berita Terkini| Suami maut tertimbus runtuhan batu! Isteri sempat selamatkan diri, anak-anak!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

PENDUDUK  kampung menunjukkan lokasi kejadian mangsa terperangkap dalam runtuhan batu di Kampung Pinousuk, Kundasang, Ranau. - Kredit Foto Sinar Harian


SEORANG lelaki maut selepas ditimpa runtuhan batu yang berlaku di bahagian dapur rumahnya di Kampung Pinousuk, Kundasang di Ranau, Sabah pada Ahad, 20 Jun 2021.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa, Junaidi Gangka, 55, dikatakan sedang berehat bersama isteri di dapur berkenaan.

Ketika runtuhan berlaku, hanya isteri mangsa sempat melarikan diri bersama dua anak berusia 18 dan 6 tahun, manakala mangsa terperangkap.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa yang tertimbus dikeluarkan dengan bantuan beberapa pekebun.

Mangsa kemudian dibawa untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di Hospital Ranau.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro pada Isnin, 21 Jun 2021.

Simiun berkata, pihaknya sudah melawat lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan memberi amaran kemungkinan kejadian runtuhan berulang lagi.- KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
1
0
You will be interested