Seni & Sukan 02 Jun, 2022

Video| Amin ya Rabb! Ayu Ting Ting doa cepat dapatkan jodoh yang baik! Bawa keluarga tunai umrah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Ayu Ting Ting bersama keluarga pergi menuaikan umrah. - Kredit foto: IG @ayutingting92


Penyanyi dangdut Indonesia terkenal, Ayu Ting Ting, yang bakal berusia 30 tahun pada 20 Jun ini, berjaya menunaikan impian untuk membawa keluarganya menunaikan umrah yang tertunda dua tahun kerana pandemik Covid-19

Ayu atau nama sebenarnya, Ayu Rosmalina bersama ibu bapanya, Abdul Rozak dan Umi Kalsum, anaknya Balqis Khumairah dan adiknya, Assyifa Nuraini berserta suami

Mereka bertolak pada Ahad, 29 Mei 2022 dan berdasarkan gambar dalam Instagram @ayutingting92, mereka sudah menjalankan ibadah umrah di Mekah.


Ayu Ting Ting bersama anaknya di depan Baitullah. - Kredit foto: IG ayutingting92


Namun Ayu mengalami demam ketika menunaikan umrah.

Sama seperti umat Muslim lain, Ayu Ting Ting juga mempunyai doa khusus yang akan diucap di depan Kaabah Baitullah

Salah satunya, doanya ialah mendapat jodoh yang baik dan bertanggungjawab

Bagi Ayu dia tidak mengharapkan suami berharta kerana dia sudah memilikinya, yang penting suami yang penuh tanggungjawab dan cinta kepada keluarganya



Ayu hanya menjadi isteri bagi tempoh singkat selepas berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso (lebih dikenali sebagai Enji) pada 4 Julai 2013 tetapi menfailkan perceraian pada 27 Januari 2014.

Selepas itu Ayu dikaitkan dengan sejumlah selebriti termasuk rakan hos program ‘Brownis’nya, Ivan Gunawan.




"Yang penting semua keluarga sihat, panjang umum, lancar, banyak rezeki, dapat jodoh. Yang terbaik buat semua," kata Ayu Ting Ting dipetik dari YouTube MOP Channel pada Isnin, 30 Mei 2022.

Ayah Ayu, Abdul Rozak akan menyambut ulang tahun ke-60 ketika menunaikan umrah iaitu pada 3 Jun 2022.

"Ayah memang amat teringin menyambut ulang tahun di Mekah. Selepas pulang Syifa juga ulang tahun, selepas itu saya. Ya, pasti banyak doalah di sana," kata Ayu dalam Instagramnya.



Ayu meminta doa masyarakat sebelum berangkat ke Mekah. "Bismillah ❤️ doain y semua Ibadah Umroh kita lancar, berkah, sehat semua, dan mabrur amin ya Allah ya Rab," tulisnya dalam Instagram.

Bagi peminat bintang dangdut ini, mereka teruja untuk melihat perubahan dari segi pakaian setelah pulang umrah.

Adakah Ayu Ting Ting akan memakai jilbab (hijab) ketika muncul di pentas dan sejumlah program TV yang disertai terutama ‘Brownis’ di Trans TV.

Dan adakah Ayu akan mendapai pasangan hidup baharu tidak lama lagi? - KitaReporters

11
13
0
9
0
You will be interested