Seni & Sukan 11 Jun, 2022

Tahu tak? Malaysia kini tumpuan PATI India! Ceroboh sempadan terang-terangan! Guna taktik menyamar!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke [email protected]

Share this

TRELER milik warga tempatan yang digunakan untuk menyeludup pendatang asing tanpa izin dari India.


SEMATA-MATA untuk mencari pekerjaan, pendatang asing tanpa izin (PATI) dari India sanggup berkelana ribuan batu menggunakan jalan darat dari negara mereka ke Malaysia.

Berjaya merentasi sempadan beberapa negara dari Nepal, Myanmar dan Thailand namun akhirnya kecundang tatkala taktik mereka menggunakan kenderaan perdagangan dengan menyamar sebagai kelindan treler dikenal pasti pihak penguatkuasa tempatan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masalah PATI


Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Shamsul Baharin Aman, anggotanya berjaya menahan enam PATI India yang cuba bolosi negara ini pada 7 Jun 2022 lepas.

“Ini adalah kes pertama libatkan PATI India selalunya, warga Myanmar atau ThailandTurut ditahan empat lelaki warga tempatan iaitu pemandu treler berkenaan yang bersekongkol dengan seorang tekong dipercayai mengatur perjalanan PATI itu.

“Tekong yang merupakan lelaki warga tempatan ini memberi upah sebanyak RM500 untuk seorang PATI kepada pemandu treler. Mereka hanya perlu bawa PATI ini dari Danok, Thailand ke Changlon, Kubang Pasu, Kedah.

“PATI yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 59 tahun dipercayai dari utara India itu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) antara pukul 11.40 hingga 11.55 malam di Kilometer 1.1 Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam,” katanya dalam satu sidang akhbar, Khamis, 9 Jun 2022.

Ketangkasan pihak penguatkuasa, katanya, berjaya mengesan tindak tanduk yang mencurigakan daripada PATI yang menyamar sebagai kelindan itu.

“Mereka tidak fasih berbahasa Melayu dan bertutur pun dalam bukan bahasa Tamil Malaysia tetapi Telugu,” katanya.



Beliau tidak menafikan modus operandi tersebut adalah yang terbaharu dalam kalangan PATI apabila banyak mereka sebelum ini menyeludup masuk menggunakan laluan tikus.

“Ini membuktikan kesungguhan dan keberanian mereka. Kemungkinan mereka menganggap dengan rupa paras mereka sama seperti orang India di Malaysia mereka akan terlepas tetapi tidak.

“PGA yakin PATI dari India ini menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama mereka untuk masuk dan mendapatkan pekerjaan. Terutama dalam sektor perniagaan di restoran mamak, kedai gunting rambut atau kedai barang lusuh,” katanya.

Sehubungan dengan itu tambah beliau, pihaknya akan mempergiatkan operasi untuk mengesan sebarang tindakan penyeludupan dan pemerdagangan orang di sempadan negara ini.

Katanya, PATI berkenaan ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 sementara pemandu treler dan tekong pula mengikut Seksyen 26 (A) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

“Turut dirampas empat treler pelbagai jenis bernilai RM650,000 yang mempunyai pelbagai muatan barang runcit, buah-buahan serta sayur-sayuran bernilai RM312,000. Jumlah rampasan bernilai RM962,000.

Media tempatan melaporkan baru-baru ini sejumlah 30,000 pekerja diperlukan di restoran mamak di seluruh negara ekoran pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19 ini.

Kekurangan tenaga kerja asing dari India itu berlaku apabila separuh daripada mereka terpaksa pulang ke negara masing-masing sejak pandemik menular di negara ini. - KitaReporters


PGA melipatgandakan operasi membanteras usaha PATI membolosi sempadan Malaysia. 

15
9
0
11
0
You will be interested