Seni & Sukan 23 Feb, 2022

Video| Wow! Mas kahwin level kayangan ni! RM22,222.22! Zul 2 By 2 nikahi Intan Maya pada 22.2.22!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Zul 2 By2 sedang menjalani proses akad nikah. - Kredit foto: IG @zul2by2

TARIKH cantik Selasa, 22.2.22 (22 Februari 2022) bukan sahaja dicari sebagai tarikh hari kelahiran malah lebih ramai untuk hari perkahwinan walaupun bukan pada hujung minggu di seluruh dunia.

Namun jika tarikh itu dijadikan nilai mas kahwin seperti RM22,222.22, ia dianggap agak luar biasa. Dalam kalangan masyarakat kita jumlah mas kahwin itu dianggap luar biasa bagi masyarakat biasa, kecualilah untuk golongan bangsawan dan kayangan sahaja.

Lagi cerita-cerita menarik



Namun perkara itu dilakukan oleh Zulkefli Majid, 50, yang lebih dikenali sebagai Zul (2 By 2) iaitu penyanyi dan komposer kelas biasa yang cuma pernah popular seketika pada 1996 apabila kumpulan 2 By 2 diberi peluang berduet dalam rakaman pertama Siti Nurhaliza melalui lagu ‘Kau Mawarku’’ yang asalnya dipopular oleh Eddie Ahmad dan adiknya, Hamidah Ahmad pada awal 1970-an.

Lagu ‘Kau Mawarku’ membantu mempopularkan Siti Nurhaliza sebagai artis rakaman, begitu juga mempopularkan kumpulan 2 By 2 yang berkonsep pop retro yang dianggotai Zul, Halim, Man dan Faizal.

Album pertama 2 By 2 yang memuatkan lagu ‘ Kau Mawarku mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga Lagu ‘Kau Mawarku’ pernah mendaki carta teratas di stesen-stesen radio tanah air pada waktu itu.


Zul mengucup kening isterinya selepas diijab kabul

Zul melamar Intan Maya Sulaiman, 39, setelah menduda hampir empat tahun. Intan Maya yang masih menyanyi pernah menganggotai kumpulan The Girls

Kedua-duanya mula berkenalan April 2021 ketika masing-masing sudah solo dan mendapati keserasian untuk hidup bersama.

Zul sanggup menyedia mas kahwin setinggi itu sebagai memperlihatkan kesungguhan untuk memiliki Intan Maya yang dianggapnya mempunyai ciri-ciri baik sebagai isteri dan ibu kepada 9 cahaya mata iaitu lima daripada Zul dan empat daripada Intan Maya. Dia juga pandai memasak.



Pasangan ini diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah masjid di Cheras pada Selasa, 22.02.2022.

Zul berkahwin selama 20 tahun dengan penyanyi Ismaliza Ismail dengan memperoleh lima cahaya mata. Ismaliza pernah menjadi artis rakaman Ambang Klasik iaitu anak syarikat TV3.


Bergambar kenangan bersama anggota keluarga

Zul adalah bekas abang ipar kepada penyanyi Tomok. Zul juga menjadi salah seorang juri D’ Academy Asia sejak 2015 iaitu program mencari bintang dangdut dari Asia terbitan stesen TV Indosiar, Indonesia. - KitaReporters

19
10
0
10
0
You will be interested