USTAZ Abdul Somad sedang menyampaikan ceramahnya di masjid. - Kredit foto: Suara.com
PENCERAMAH bebas Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) marah pada pemerintah akibat masjid serta surau dijadikan korban, dijadikan kambing hitam dengan tidak dibenarkan solat sepanjang tempoh Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat di Wilayah Jawa dan Bali bermula 3 Julai hingga 20 Julai 2021.
Berdasarkan video yang diedarkan dalam media sosial, UAS tidak berpuas hati kepada pemerintah itu ketika beliau menyampaikan ceramahnya di sebuah masjid.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ustaz Abdul Somad
USTAZ ABDUL SOMAD
Memetik laporan suara.com pada 3 Julai 2021 lalu, UAS berkata, pemerintah melarang orang ramai mendirikan solat di masjid tetapi di mall (pusat beli-belah) dan pasar biasa pula dibenarkan beroperasi.
``Selama PPKM, kerap masjid dan surau dijadikan kambing hitam oleh kerajaan kerana masyarakat tidak dibenarkan mendirikan solat di rumah ibadat itu dan di mana hati kecil kamu,’’ kata UAS.
Menurut beliau, sejak pandemid Covid-19 melanda di negara Indonesia pada 2020 sudah beberapa kali pemerintah tidak membenarkan masjid beroperasi sedangkan kenyataan penularan Covid-19 di kawasan berkenaan belum tentu sedemikian.
``Orang ramai duduk di pasar raya selama lima jam, ketawa dan tular penyakit tapi masjid jugak yang engkau salahkan sedangkan solatnya dalam masa 10 minit tidak lama berada di masjid,’’ katanya.
UAS menengaskan, apakah pemerintah tidak merasa malu kepada tuhan selepas membuat larangan tersebut kerana rumah ibadat adalah tempat yang paling suci dan disenangi Allah dan Rasul-Nya.
``Tidak malukah engkau menyebut nama Allah dan Rasulullah sedangkan tempat ini (masjid) yang dipanggil Allah serta Rasulullah,’’ ujarnya.
Kredit foto: Warta Ekonomi Indonesia
Dalam cermah itu, UAS berkata lagi, sepatutnya masyarakat dibenarkan membuat amal ibadat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pemerintah.
Pemerintah mengambil langkah PPKM Darurat itu turut melibatkan masjid serta surau ditutup dilaksanakan di 122 Kabupaten (daerah) di Jawa dan Bali berikutan kes Covid-19 di kawasan berkenaan semakin meningkat. - KitaReporters
Kredit foto: banten.suara.com