Seni & Sukan 12 Sep, 2020

Covid-19: Kejohanan B-19 AFC tunda! Maloney bersifat positif

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

BRADLEY Maloney menyifatkan penundaan Kejohanan Bola Sepak Bawah 19 Tahun (B-19) AFC 2020 ke awal 2021 dari jadual asalnya, 14 hingga 31 Oktober 2020 gara-gara kebimbangan terhadap penularan Covid-19, sebagai perlu dihormati: KitaReporters

SKUAD B19 Malaysia terpaksa akur untuk menunda Fasa 3 latihan pusat mereka sehingga tarikh baharu Kejohanan B19 AFC diumumkan. - Kredit foto FAM


Ketua jurulatih skuad B-19 negara ini tetap menyambut keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu dengan nada positif, sekalipun kem latihan pusat pasukan sebagai persediaan menghadapinya sudah dijalankan sejak 6 Julai 2020 lalu.

Dua fasa latihan pusat termasuk siri perlawanan persahabatan diharungi yang menyaksikan mereka tewas 6-1 dan 4-0 kepada PJ City FC dan Selangor 2 serta menewaskan skuad Piala Presiden Negeri Sembilan 2-1.

"Sesuatu yang cukup baik untuk pasukan ini apabila kami telah dapat berlatih bersama sepanjang kem latihan pusat Fasa 1 dan Fasa 2,” katanya dalam laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 11 September 2020.

Namun tambahnya, “kita perlu menghormati pengumuman penundaan oleh AFC demi kesihatan dan keselamatan semua pemain dan pegawai pasukan terlibat.

"Apabila kita dapat tarikh baharu kejohanan itu pada 2021 nanti, kami akan memuktamadkan semula perancangan pasukan," kata Maloney, warga Australia.

BRADLEY Maloney (tengah). - Kredit foto FAM.


Malaysia bakal berentap dalam Kumpulan D Kejohanan B-19 AFC dengan bekas juara 2014, Qatar selain Tajikistan dan Yemen di Stadium AGMK, Olmalik.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penganjurannya ialah bergelar naib juara edisi 1959, 1960 dan 1968 setelah kalah kepada Korea Selatan 2-1 dan 4-0 di Kuala Lumpur serta Burma 4-0 di Seoul. 

WAN Kuzri Wan Ahmad Kamal (dua dari kanan) dilepaskan kembali ke pangkuan Akademi Bola Sepak St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat. - Kredit foto FAM


Setiausah Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, ekoran penundaan ini, kem latihan pusat Fasa 3 pasukan yang dijadualkan September 2020 dibatalkan termasuk siri perlawanan persahabatan yang telah dirancang.

"Sejak berakhirnya Fasa 2 pada 29 Ogos 2020, para pemain telah dilepaskan terus kembali kepada pasukan negeri atau kelab masing-masing bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan Perdana 2020,” katanya.

Majoriti perlawanankedua-dua liga itu telah disambung semula pada 28 Ogos 2020 lalu sejak tertangguh dek Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020.

HANYA empat pasukan yang mara ke separuh akhir kejohanan ini, bakal layak ke pusingan akhir Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Indonesia pada 2021.

1
0
0
0
0
You will be interested