Seni & Sukan 09 May, 2020

Bosan semasa PKP nie ye? Jom main permainan tradisional nie!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 yang sudah lebih sebulan memberi pelbagai kesan kepada aktiviti harian masyarakat yang terpaksa duduk di rumah. PKP yang dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 itu turut mempengaruhi emosi kanak-kanak dan jika tidak dipantau mungkin boleh menyebabkan mereka lakukan perkara yang bukan-bukan atau kemurungan. : KitaReporters


Orang dewasa pun boleh bosan berkurung dalam rumah inikan pula kanak-kanak yang nalurinya hanya mahukan kebebasan sementara untuk berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan sebagaimana biasa dilakukan setiap hari. 

Tetapi dengan kehadiran virus maut yang tidak diduga itu, semua aktiviti luar rumah yang lazim dilakukan seperti bermain bola, ke taman permainan, perpustakaan waima borak kosong di laman rumah terpaksa dihentikan buat sementara. 

Memang patutla mereka kebosanan tahap sampai dah tak tahu nak buat apa dah!!!

Bagi anak-anak remaja, mereka mungkin ada idea tersendiri untuk menghilangkan rasa bosan itu. Asal jangan merayap tanpa arah tujuan sudah. 
Bulan puasa ni mungkin boleh bantu ibu ayah mengemas rumah untuk persiapan menyambut Aidilfitri atau ke dapur bantu ibu sediakan juadah berbuka puasa. 

Ada juga yang berterusan menjadi ulat buku tanpa jemu. Kluster buku yang akan lulus cemerlang setiap kali peperiksaan! 

Bagaimana pula dengan ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan masih bersekolah? 

Golongan ini pastinya pening kepala untuk menguruskan anak-anak dan sentiasa memikirkan cara untuk mengelakkan rasa bosan itu.

Jangan asyik hadapkan mereka dengan gajet dan jangan pula terlalu menggunakannya sebagai langkah terakhir untuk selesaikan kebosanan anak-anak. 

Lagi satu...Jangan pula asyik kerah mereka untuk ulangkaji pelajaran. Cukuplah buat sementara waktu dengan kelas online mereka.

Kredit foto: FB HadihsarLania


Kredit foto: FB HadihsarLania


Apa kata ibu bapa mencontohi pasangan suami isteri, Saufie Abdul Manaf, 49, dan Roziana Rosedi, 46, yang memperkenalkan permainan zaman dulu (tradisional) kepada lima cahayamata mereka bagi memenuhi masa yang terluang selama lebih sebulan kerana PKP.

Pasangan yang menetap di Taman Inderapura, Jerantut, Pahang itu memperkenalkan permainan yang betul-betul mainan zaman dulu (permainan tradisional Melayu) seperti oh som, lamprit, lattalilat tamplom, ketiting, dam ular, batu seremban, congkak, enjit-enjit semut, tebang tebu, nenek bongok tiga dan ram ram pisang. 

Janggal dan pelik bunyinyakan. Mainan apa tu???

Selain itu ada juga permainan tradisional seperti galah panjang, tarik upih, baling selipar, gasing pangkah dan sepak raga. 

Anak-anak zaman siber ni agak-agaknya tahu nak main macamana nie. Susah dah nak jumpa hari nie. Dah pupus ditelan zaman.

Anak-anak pasangan Saufie Abdul Manaf dan Roziana Rosedi bermain batu seremban di rumah ketika PKP. - Kredit foto: Roselan Abd Malek 


Seronok bermain permainan tradisional ram ram pisang. - Kredit foto: Roselan Abd Malek 


Menurut Roziana, dia mengambil masa agak lama untuk mengingati kembali permainan yang pernah mereka main semasa kecil ketika hujan kerana tidak dapat keluar rumah. 

"Dulu-dulu, kami main dalam rumah sebab hari hujan,  tetapi hari ni anak-anak main dalam rumah sebab kena PKP. Mereka suka main game ni sebab kebanyakannya ada lagu yang tersendiri.

"Walaupun pada peringkat awal, anak-anak agak pelik dengan gaya permainan ini tapi lama kelamaan mereka teruja dan kerap mengajak saya dan suami bermain dengan mereka," katanya.

Menurutnya, sepanjang PKP hubungan dia dan suami bersama anak-anak semakin rapat apabila disatukan dengan permainan berkenaan.

Belajar mengira dengan bermain congkak. - Kredit foto: Roselan Abd Malek 


Pasangan berkenaan mempunyai lima iaitu anak Nur Aina Damia  Saufie, 15; Ahmad Airiel Aqashah, 14; Ahmad Aidiq Aqashah 12; Nur Arissa Damia, 9; dan Nur Afriena Damia, 5. 

Menurutnya, anak-anaknya bersungut sudah jemu menonton televisyen, bermain permainan komputer dan membaca buku sehingga tidak tahu mahu berbuat apa-apa.

Katanya, mereka amat memahami tahap kebosanan anak-anak kerana rumah mereka tidak mempunyai kawasan lapang untuk bermain.

"Puas juga saya memikir apa perlu dibuat untuk mengelakkan mereka terus kebosanan sehinggalah timbul idea memperkenalkan permainan tradisi yang pernah kami main sewaktu kecil.

"Bagaimanapun, saya letakkan syarat akan memperkenalkan permainan tradisi itu dan main bersama-sama selepas selesai membuat ulang kaji pelajaran atau membaca buku," katanya.

Katanya, kebanyakan permainan tradisional sudah dilupakan oleh generasi hari ini dan dia cuba menghidupkan kembali warisan budaya bagi mengembalikan nostalgia. 

Ada yang baru yang lama dilupa jangan.

Permainan tradisional kunda kundi


Teng teng atau ketinting


Galah panjang


Sabar ye anak-anak, lepas tamat PKP boleh main kat luar. Buat masa ni sila ikut arahan tau!!!  - KitaReporters

29
9
3
3
3
You will be interested