Seni & Sukan 19 Nov, 2021

Tahniah Siti Nurhaliza! Terima Anugerah BBEA 2021! Pembakar semangat terus maju dalam perniagaan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


NAMA Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak perlu diperkenal lagi, semua mengenali rapat penyanyi nombor satu negara bukan sahaja hebat di pentas nyanyian tetapi kini aktif pula dalam dunia perniagaan menerusi produk kecantikan keluarannya sendiri.

Terbaharu, di atas sokongan peminat, isteri kepada usahawan terkenal Datuk Khalid Mohamad Jiwa itu terpilih menjadi salah seorang penerima Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera atau Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2021

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti  menerima anugerah kategori Usahawan Selebriti Tahun Ini atau Celebrity Entreprenuer Of The Year (Kecantikan & Kesihatan) yang  disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar di Kuala Lumpur pada 17 November 2021 lalu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Siti Nurhaliza


Tok Ti melahirkan rasa teruja ketika dipilih menerima anugerah berkenaan daripada Noh Omar


Tok Ti  adalah salah seorang penerima anugerah itu dalam pelbagai kategori bidang perniagaan.

Anugerah itu diberi atas kejayaan  Tok Ti menjalankan perniagaan SimplySiti sejak 2010 terlibat dalam bidang kosmetik, barangan kesihatan dan minyak wangi. 
Luahan rasa syukur dan terharunya disampainya dalam hantarannya dalam Instagramnya dan menyifatkan anugerah yang diterima sebagai penyuntik semangat untuk terus berusaha memberikan yang terbaik sama ada dalam bidang perniagaan dan juga hiburan.

Malah ibu beranak dua itu berkata, penganugerahan tersebut juga menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang perniagaan.


Tok Ti bersama sijil anugerah yang diterimanya. Kredit foto: IG CTDK

Tok Ti  pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

"Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur BBEA di atas pemberian anugerah ini. Setinggi-tinggi tahniah juga buat tulang belakang saya terutama sekali suami dan keluarga tercinta serta peminat saya," katanya yang turut memuat naik dua gambarnya ketika menerima anugerah di acara itu. - KitaReporters


Kredit foto: IG Siti Nurhaliza

10
15
0
10
0
You will be interested