Gaya Hidup 09 Nov, 2020

Aktiviti agama di Terengganu? Solat fardu dan Jumaat sahaja!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

AKTIVITI keagamaan di masjid dan surau di Terengganu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan untuk solat fardu dan Jumaat sahaja dengan kehadiran jemaah mengikut kapasiti saiz premis berkenaan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). : KitaReporters


Gambar hiasan... Masjid Lapan Kubah di Kampung lapang Kotak, Jertih, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan masjid:

https://kitareporters.com/search?search=Terengganu


Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan penguatkuasaan kerajaan bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sudah memperkenankan semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau tidak dibenarkan sepanjang PKPB dikuatkuasakan.


Yang Dipertua MAIDAM Datuk Osman Muda

"Bagi masjid dan surau yang berada dalam zon merah, sembahyang fardu lima waktu berjemaah di masjid dibenarkan hanya tiga orang sahaja terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid dan pegawai masjid secara bergilir-gilir, manakala solat jumaat tidak dibenarkan sama sekali," dalam satu kenyataan pada pada 8 November 2020.

Katanya, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada arahan pihak berkuasa yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Osman berkata, Sultan Terengganu turut berdoa agar semua rakyat jelata mampu menghadapi saat sukar ini dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.




Kenyataan Media MAIDAM 


"Baginda mengharapkan semua rakyat jelata tidak mengambil ringan akan arahan pihak berkuasa dalam menghadapi wabak COVID-19 dan mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Baginda berdoa semoga kehidupan seharian kembali pulih seperti sediakala dan semoga rakyat jelata sentiasa berada dalam kerahmatan Allah SWT," katanya. - KitaReporters

 

 

3
2
2
1
3
You will be interested

Video| Gembira bercerai? Bad Indigo, Ashira umum perpisahan dalam rakaman video! Tapi tetap kawan!

Dalam rakaman video secara bersama, Bad Indigo dan Ashira dengan gembiranya umumkan mereka bercerai setelah 14 bulan berumah tangga namun tetap jadi kawan baik

Video| Syamsul cari perakam klip video! Filem bakal box office! Mat Kilau kutip RM2.8j dalam 2 hari!

Syamsul beri amaran keras kepada pihak yang tayangkan cuplikan filem Mat Kilau lebih 5 saat dalam laman sosial. Mahu buat laporan polis dan ambil tindakan saman
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 17 hours ago

Panggung pacak dah berakhir! Akhbar bersaing dengan media sosial! Perlu lebih bebas dan tak takut!

Akhbar harus buat pendekatan menyeluruh, lebih cekap, pantas dan pembinaan insan yang bolehkan wartawan bekerja dalam ruang bebas, tanpa takut - Johan Jaaffar
Kartini Mohd Noor in Gaya Hidup 19 hours ago

Video| Amelia Henderson, Idris Khan tak profesional! Tak kenang budi! Saya terpaksa saman! - A Aida

A. Aida saman Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara tarik diri pada saat-saat akhir daripada drama 28 episod Sekali Lagi Cinta Kembali sebagai pelakon utama
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Woi! Bangunlah! Beri tempat duduk kepada ibu mengandung! Wanita hamil kongsi pengalaman!

Seorang wanita sarat hamil luahkan rasa kesal dengan sikap, tindakan segelintir masyarakat naiki pengangkutan awam tapi tak diberikan tempat duduk oleh mereka
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago